Cari Blog Ini

Minggu, 15 Juni 2014

Hakikat penghayatan kalimah thoyyibah dalam fana fis-Sifat ALLah Taala

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.


Bismillahirrahmanirrahim



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”.


Hakikat penghayatan kalimah thoyyibah dalam fana fis-Sifat ALLah Taala


 Kita telah jauh sekali membicarakan hal ihwal ilmu tasauf dalam sistematikanya. Penulis telah menjelaskan semampunya tentang dzauk,syuhud dan fana. Disamping itu ana coba mempermudahkan jalan dengan menggunakan contoh dan istilah termudah.


Fana adalah hilang kesadaran inderawi lantaran hati atau bathin dicekam oleh dzauk yang kuat. Dzauk terhasil dari ingatan hati yang bersih kepada ALLah Taala.
Fana ketiga yang dialami oleh pengamal ilmu tasauf melalui sistematika tariqat khususnya ialah fana  pada Sifat ALLah. Dzauk terhadap Sifat ALLah mencekam kuat ke dalam bathin. Ketika ini tetaplah bathin melihat bahawa diri tiada berkuasa, tiada memilih, tiada mengetahui, tiada melihat, tiada mendengar dan tiada berkat-kata walau sebesar dzarrah.


Di sini ana akan memperjelas pula hakikat penghayatan makna kalimah Laa ilaaha illaLLah. Maka sebelum itu ana suka memperingatkan pembaca supaya menyemak kembali tulisan penulis yang pertama lagi dalam bicara tasauf ini. Setiap tulisan itu berkaitan antara satu sama lain. Maka pembaca salah dalam memaknai dan memahami tulisan pertama lagi maka tidak mustahil akan berlaku terus kesalahan pemahaman itu.


Makna dzahir kalimah Laa ilaaha illaLLah sebagaimana yang diketahui ialah Tiada Tuhan Melainkan ALLah. Tuhan ialah zat Yang Maha Sempurna dari sesuatu yang lain dan segala sesuatu itu memerlukanNya. Salah satu sifat Yang Maha Sempurna itu ialah sifat Maha Berkuasa. Ertinya ALLah Taala itulah yang mencipta sekelian alam ini dengan sifatNya Yang Maha Berkuasa.


Seperti yang telah dijelaskan bahawa Tauhid sIFAT ialah keadaan seseorang itu yang fana di dalam sIFAT ALLah Taala dan ia kekal di dalam keadaan itu. artinya dalam setiap gerak dirinya dzahir dan bathin sentiasa ia fana dengan melihat bahawa . tiada berkuasa, tiada memilih, tiada mengetahui, tiada melihat, tiada mendengar dan tiada berkat-kata walau sebesar dzarrah melainkan ALLah Taala semata-mata. Maka disinilah letak penghayatannya terhadap kalimah thoyyibah Laa ilaaha illaLLah dalam maksud Tiada Yang Hidup melainkan ALLah. Ertinya hakikat nafinya dalam kalimah Laa itu ialah menafikan adanya hakikat kuasa, memilih, pengetahuan, mendengar, melihat dan berkata-kata bagi selain dari ALLah Taala.


Namun haruslah difahami bahawa bukan ia merubah makna asal iaitu tiada Tuhan melainkan ALLah Taala tetapi ia menghayati dengan lebih  mendalam. Ertinya penghayatan dari maksud zat Yang Maha Sempurna itu dijuzukkan lagi kepada penghayatan sifat hidup dengan lebih mantap melalui tahap dzauk hingga kepada fana.


Penulis tidak dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam kerana maksud hakikat Laa ilaaha illaLLah ini pada marabat fana adalah maqam bathin. Hanya mereka yang mengalaminya sahajalah yang dapat mengetahui hakikatnya. Seperti kata ulama sufi “barang siapa yang mengalaminya, hanya dialah sahaja yang mengenalnya”.


maksud Laa ilaaha illaLLah pada maqam fana fis-Sifat iaitu “Tiada Yang Hidup melainkan ALLah Taala” yakni “Laa hayyun illaLLah”.

Wallahu'alam
Barakallahu Fikum 





Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 


 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun




Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...