Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -32. Tersembunyi

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -32
TERSEMBUNYI

Apa-apa yang tersembunyi yang di ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia yang mesti di selidiki oleh umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan sehingga ia dapat di fahami dan menjadikannya ilmu untuk di amalkan serta pengakuan, sebagai contoh yang nyata apabila semua makhluk yang di jadikan Allah termasuk manusia maka manusia perlu mengkaji dirinya supaya mereka benar-benar faham bahawa mereka adalah manusia walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk yang Allah jadikan Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan dengan menilai darjat-darjat yang ada, contohnya ialah dari makhluk menjadi manusia, dari taraf manus ia menjadi insan, dari insan menjadi insan kamil, dari insan kamil menjadi insan kamil wa mukamil, 

Allah sentiasa melapangkan akal untuk memahami sesuatu, seterusnya sesuatu itu jika ada suruhan ataupun larangan maka di sana akan dapat kita jadikan batas dan sempadan ini tertakluk kepada keimanan seseorang Istilah yang di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun bermunajat mengikut nas al quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan menghasilkan sesuatu yang dapat membawa faedah kepada manusia dalam hidup bertamadun mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan sesuatu yang kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah datang daripada Allah asalkan tidak bercanggah dengan asas quran dan hadis rasullullah saw Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini: Manusia terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang penting di antara keduanya ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah (Kullum min indillah) setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, 

Sedangkan Allah itu adalah NUR kepada cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya, akan tetapi jika kita bawa kepada diri kita maka pengertiannya adalah lebih meluas lagi istilahnya Sebagai contoh: diri manusia itu disebut sebagai diri terdiri (jasmani) diri terperi (Ruhul Yaqazah) diri sebenar diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli (Insam Kamil) Apa yang kita fahami ialah apabila di sebut Ruhul Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil maka ia memahamkan kepada kita pada bab zat dan juga soal roh, yang inilah perlu di fahami oleh manusia 

Persoalannya ialah adakah yang ghaib yang bertaraf zat dan roh itu terdiri daripada listrik positif (proton) ? atau listrik negatif (electron) ? yang mana kedua-dua ini apabila berpadu akan menghasilkan butiran-butiran atom, dan apa bila ia dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen yang terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan neutron ? 

Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton dan neutron juga dapat membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan perkara yang ghainb dan tersembunyi yang terdapat di dalam diri manusia sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan afal Allah hasil dari penguasaan Zat Allah terhadap sekalian hambaNya Kerana itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama ada menyebuat jika kita tak kenal diri maka mereka akan menjadi tidak sedar diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka ada cita-cita nak jadi Allah (syirik) Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang salah.

Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -31. Megenal Ahli Allah Dan Ahli Syaitan


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -31
MENGENAL AHLI ALLAH DAN AHLI SYAITAN
Istilah yang di atas adalah suatu ketetapan daripada Allah s.w.t sebagai ingatan kepada manusia yang bertaraf sebaik-baik kejadian, sebenarnya walaupun Allah s.w.t menetapkan bahawa manusia adalah di antara makhluk Allah yang paling sempurna namun di antara manusialah yang paling hina kerana ada di antara manusia yang bertarap haiwan dan syaitan Manusia yang di kurniakan oleh Allah akal perlulah mengenal dan menilai diri mereka tanpa ada kepentingan diri sendiri, manusia juga perlu menyelamatkan diri mereka dengan mengubah sikap bagi keselamatan diri dan keluarga mereka dengan menj adikan diri mereka sebagai ahlullah atau ahli Rabbani sebagaimana firman Allah ( Jadilah kamu orang Rabbani, 

Dengan mengajarkan kitab, dan mempelajarinya) Ali Imran 79 Ayat yang di atas Allah s.w.t menegaskan kepada manusia supaya kamu (manu sia) menjadikan diri mereka sendiri sebagai ahlullah dengan mengajarkan kitab ia itu al quran serta mempelajarinya, mengajar kitab al quran yang di tetapkan oleh Allah sebagai Huddan bukalah suatu yang mudah melainkan mereka terpaksa mempelajarinya dengan seorang yang arif tentang selok belok Asbabul nuzulnya serta sejarah quran itu secara menyeluruh yang berteraskan bahasa arab, tidak boleh bahasa yang lain melainkan tafsiran dan terjemahannyaOrang alim Rabbani apabila telah mempelajari kitab dan mengajarnya maka berhaklah mereka di panggil kumpulan Allah (Ahlullah) yang telah di tetapkan oleh Allah hati mereka (Ruhul Yaqazah) dengan roh yang baik dan akal yang sempurna dan merekalah juga di kenali sebagai Hizbullah (Mereka itu adalah penyokong Allah,

Ketahuilah bahawa penyokong Allah itu adalah orang yang menang) Al Mujaddalah 22 Sementara itu ada lagi satu kumpulan manusia yang di tetapkan oleh Allah sebagai kumpulam syaitan jenis manusia dan jenis haiwan ia itu kumpulan yang tidak mahu menyampaikan isi al quran secara sebenar sekalipun mereka itu bergelar ahli kitab atau ahli yang cuba memutarbelitkan isi kitab dengan mengelirukan ilmu nahu kerana tidak mempelajari tajwid yang terdapat pada al quran, mereka ini di sifatkan oleh Allah sebagai manusia yang telah di kuasai oleh syaitan, 

Sebagaimana firman Allah dalam Al Qur'an  menyatakan: (Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran Allah, mereka itu adalah kumpulan syaitan, dan kumpulan syaitan itu adalah kumpulan yang rugi) Al Mujaddalah 19 Dan firman Allah lagi : (Sesungguhnya mereka yang menentang Allah dan Rasulnya, mereka termasuk golongan yang amat hina) Al Mujaddalah 20,
Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -30 Ikrar Manusia Bertuhankan Allah Dialam Ruhk II


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -30
IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH II

Ada nas yang manusia itu telah berikrar kepada Allah bahawa mereka akur berTuhankan ALLAH semasa mereka di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah belum lagi mencipta alam yang lain, manusia yang di maksudkan disini adalah tanpa jasad iaitu Rohani yang lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh, maka ke empat-empat inilah yang di katakan manusia, mereka apabila telah di cipta oleh Tuhan maka di tempatkan di alam Roh dan di sanalah mereka ini di ambil saksi oleh penciptaNya dengan bertanyakan kepada mereka seperti yang di nyatakan oleh Allah pada surah Al A araf 172 Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil sedangkan ibadat mereka belum lagi di perintah oleh Allah kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan ini bererti diri manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau gerak geri ataupun ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa anggota manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberi alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15 Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga mahu berbohong kepada Allah sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam Roh, apakah ikrar manusia mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah apabila manusia berkata “Ana abduka Ibni abduka la ma abud ghoirika illa Anta!! (aku hamba Kamu, anak-anak hamba Kamu, aku tidak meng abdikan diriku melainkan kepada Kamu) yang membawa maksud !!Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah ! ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya kaliamah ikrar itu di lafazkan iaitu LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH Maka sejak di alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba kepada Tuhan ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya yang membawa maksud Lillahi Taala, maka itulah maksud LA ILLAHA ILLALLAH, so sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang berasaskan Lillahi Ta ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar adakah Lillahi ta ala ? Kerana itu ada tegah dan ada suruh walaupun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah !!kullum min indillah!!(segala sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan qadar pula supaya tidak terkeliru Sebaik saja kita di ambil kesaksian maka tinggallah kita di alam Roh menunggu arahan daripada Allah bila kita dapat menjadi hamba kepadaNya untuk menjalankan amanat La Illaha illallah ? Jawabnya sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama yang Allah jadikan dari bahan zat tanah, air, api dan angin bukan dari tanah yang kita fahami sekarang ini, ia adalah dari istilah-istilah sain iaitu atom-atom yang halus yang terdiri dari jauhar fardhi ataupun jirim dan jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai atom, neutron, proton, ion, elektron, neukles dan sebagainya Ringkasan sejarah empat anasir Nur Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata Selepas Allah s.w.t menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat sumber alam yang nyata yang terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul Adhom, anasir ini seperti yang di nyatakan pada usul diri yang ke 72, selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh Allah maka Allah perintahkan kepada Nur Muhammad (Hakikatul Muhammadiyah) pergi melawat ke empat-empat anasir tersebut (ketika ini tiada satu alam nyatapun yang ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa ketika ini manusia jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang  di nyatakan dalam quran Al Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al Baqarah 29 dan pandangan quran Fi Zilalil Quran terjemahan syed Qutub Kunjungan Nur Muhammad Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw) pada peringkat ini, kunjungan pertama kepada anasir angin nurani dan salam di beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani memperlihatkan sikap dan sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan tiupannya yang kecang serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad, lalu Nur Muhammad berkata !t Adakah engkau menyedari akan kelemahanmu ? Jawab angin nurani !!Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan aku akan di tempatkan di langit dan juga bumi!! Jawab Nur Muhammad ” Adakah engkau menyedari bahawa engkau akan di pergunakan oleh manusia, jawab angin ” jika demikian engkau rupanya lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad !!Aku adalah makhluk Allah yang di jadikan sama seperti kamu hanya Allah sahaja yang terlepas dari serba kekurangan Selepas Nur Muhammad mengunjungi angin maka dia pergi pula mengunjungi Api Nurul Adhom yang pada ketika ini sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya lalu Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di anggap kuat dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad berkata ! Adakah engkau menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ? Jawab Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad aku adalah hamba yang Tuhan jadikan sama seperti kamu juga, hanya Tuhan saja yang tiada cacat celanya.
 Selepas mengunjungi Api maka Nur Muhammad pun pergi mengunjungi Air, ketika ini Air sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu salam itu di sambut, Air berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ? Aku ganas, aku kuat, Aku pemusnah, tiada siapapun yang menandingi aku, lalu Nur Muhammad berkata !t Tidakkah engkau tahu satu hari nanti kamu akan di pergunakan dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air !t Jika demikian kamu lebih baik daripada aku !tjawab Nur Muhammad !Aku adalah hamba Tuhan sama seperti kamu hanya Allah saja yang tiada cacat celanya Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu memberikan salam kepadanya, salam itu di sambut oleh Tanah dengan baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya yang tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan dirinya, lalu Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan dia sendiri lalu Nur Muhammad berkata !t Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah (Muthmainnah) Jawab Tanah !tEngkau rupanya lebih baik daripada Aku, lalu jawab Nur Muhammad !t Sesungguhnya aku sama seperti kamu iaitu hamba kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan yang tiada cacat dan celanya Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat anasir tersebut maka Nur Muhammadpun melaporkan kepada Allah hasil selidiknya, lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah memakluminya dari ilmuKu sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari Empat anasir tersebut kerana Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap empat anasir yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah anasir ini di padankan dengan firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan surah al fussilat ayat 9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38 Demikianlah rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan dari empat anasir tersebut yang mempunyai berbagai ragam makhluknya untuk renungan kita bersama dan melihat perangai setip daripada kita dan alam yang lain Perangai Manusia Mengikut Sifat Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada api, ke empat-empat anasir ini berasal daripada Nur, tanah yang di sebut oleh Allah asal kejadian manusia (jasad) yang berbagai perangai dan sikap adalah asas ujudnya air, angin dan api sebagai pengimbang ketahanan diri jasmani apabila Rohani di tempatkan padanya Di dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tarmizi menyebut begini: Maksudnya:Sesungguhnya Allah !!Azza Wajalla telah menciptakan Adam dari segenggam tanah dari unsur semua zat tanah, maka telah terbentuk keturunan Adam menurut sifat unsur itu, di antaranya berkulit merah,hiam,sawo matang ada yang berkulit halus dan kasar dan ada yang baik dan ada yang jahat Ibnu Abbas dan Ibnu Mas ud serta sahabat yang lain menyatakan Allah telah memerintahkan kepada Malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, sesampainya ke bumi tanah tidak mengizinkan ia di ambil kerana menganggap ia suatu perbu atan membuat kerosakan lalu ia berkata ” Auzubillahi minka!! jangan engkau merosakan aku, lalu Jibrail naik berjumpa Tuhan dan berkata ” Ya Tuhanku tanah tidak membenarkan dan ia berlindung atas namaMu dan tanah takut Adam akan membuat kerosakan, lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail turun kebumi untuk mengambil tanah, sampai ke bumi masalah yang sama berlaku yang mana tanah berkata A uzubillahiminka, kemudian Allah perintahkan kepada malaikat Israfil pula turun ke bumi juga masalah yang sama berlaku yang mana tanah tidak mengizinkan ia diambil, akhirnya Allah utuskan pula malaikat Izroail pula turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, tanah tetap juga dengan pendiriannya namun malaikat Izroil berkata pada bumi samaada kamu bagi atau tidak aku tetap juga akan mengambilnya kerana ini adalah perintah daripada Allah, jika engkau engkar maka derhakalah engkau kepada Allah Tanah tiada pilihan lain melainkan membenarkan malaikat Izroil mengambil tanah untuk mencipta manusia (Adam yang awal) yang menjadi keturunan manusia, maka sejak dari peristiwa tersebut maka bermulalah malaikat Izroil memegang amanah Tuhan untukmengambil nyawa segala makhluk Allah tanpa mengenal belas kasihan atas perintah Allah kepadanya kerana itulah nyawa setiap manusia tidak akan dapat di lambatkan atau di percepatkan walau dalam keadaan apa sekalipun ROHANI BERKUASA TINGGI Sifat dan sikap Rohani adalah berkuasa tinggi yang tiada tolak bandingnya kerana itu dia sentiasa beserta Allah dan menjadikannya menjalankan urusan Allah iaitu Ammar Rabbi, andainya kejadian manusia awal (jasad) itu di bentuk oleh Allah hanya dengan satu anasir sahaja maka sudah tentu anasir yang hanya satu itu akan musnah, kerana itulah ketahanan jasad manusia mesti di selaraskan dengan kuasa yang ada pada kuasa Rohani tersebut, bab ini perlu di bincangkan dengan para doktor dalam hal anatomi yang melibatkan istilah ilmu sain dan bab ini juga ada di dalam ilmu sifat 20 pada bab Iftiqar, ertinya ilmu sifat 20 bukan hanya untuk mengenal diri Rohani, jasmani dan Tuhan saja akan tetapi ia juga melibatkan ilmu kedoktoran bagi tamadun manusia Sila sama-sama kita perbetulkan tentang ejaan dan ayat-ayat Penciptaan Adam Manusia Pertama Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah) Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat !!Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi!! Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An am ayat 165 Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua pehak Soalan: Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan khalifah ? Jawapan: Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil Soalan: Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ? Jawapan: Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah, walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan dan bertumpah darah Soalan: Kemudian apa jawapan Allah ? Jawapan: Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak mengetahuinya Soalan: Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia khalifah ? Jawapan: Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia Soalan: Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ? Jawapan: Malaikat akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya Soalan: Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ? Jawapan: Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A araf 172 Soalan: Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ? Jawapan: Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat tanah dari bumi Soalan: Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ? Jawapan: Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga Soalan: Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ? Jawapan: Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi, syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha Soalan: Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ? Jawapan: Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai) belum lagi di jadikan Tuhan Soalan: Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama dicipta ? Jawapan: Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14 Allah Mencipta Lembaga Adam Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil daripada bumi dan juga langit, tanah-tanah ini di adun dengan air serta bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan Al Quran ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang panas yang hilang baunya, tanah keras seperti tembikar Selepas adunan itu selesai maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula membentuk lembaga Adam dengan tanganNya (qudrat dan iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk maka ia di biarkan sehingga menjadi hitam dan berubah baunya Selepas di bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di biarkan kering sehingga ia berbunyi nyaring apabila di sentuh (di ketuk) dengan benda yang lain, semasa lembaga Adam terbiar mengikut masa yang tertentu itulah iblis datang untuk melihat ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya lembaga tersebut lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin kal fakh khar) seperti bunyi tembikat yang kosong dan iblis juga telah masuk ikut lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang dubur lembaga Adam Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan menysatkannya dan demikian juga terhadap anak cucunya, namun mana-mana yang tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya untuk disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di sesatkan. Apabila sampai waktu yang di tetapkan maka Allah dengan sifat Jalal dan JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk kedalam jasad Adam, lalu lembaga tersebut berubah menjadi makhluk yang dapat bergerak seperti manusia biasa, dengan cepat dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak berdaya Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat berdiri,kemudian Allah perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud kecuali Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang asalnya daripada api sedangkan Adam di jadikan daripada tanah kontang, demikian pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka kepadanya Allah berfirman: Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada makhluk yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu ? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi ? Jawab Iblis ! Aku lebih baik daripadanya Engkau cipta aku daripada api sedang dia Engkau cipta daripada tanahFirman Allah: Jika demikian keluarlah engkau daripadanya (syurga) Sesungguhnya engkau telah di laknat terus menerus sehingga hari kiamat, Iblis pula berkata!! Jika demikian berilah aku tempuh sehingga ke hari mereka di bangkitkan, kemudian atas permohonan Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis berikrar untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang di antara zuriat Adam yang telah di bersihkan dari kederhakaan dan penyelewengan Soalan: Mengapa Al lah cipta Adam menggunakan dua sifat Jawapan: Sebab dengan dua sifat tersebut ia itu sifat Jalal (kebesaran) dan sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan bahawa sifat tersebut Allah berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan tiada cacat cela kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya dan sifat itulah yang mutlak bagi DiriNya Soalan: Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah selesai di cipta ? Jawapan: Sebab hendak menentukan kematangan batang tubuh manusia (Adam) mengikut prosesnya iaitu tempuh matang untuk sesuatu kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di fikirkan Soalan: Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN FAYAKUN ? Jawapan: Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh Allah ialah jasad Adam BUKAN Rohaninya, jasmani Adam inilah yang di cipta oleh Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu kepada manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga Adam berasaskan KUN maka manusia hari ini tidak berjaya menyingkap rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif sahaja Soalan: Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di istihar dehaka dan takbur ? Jaapan: Segala perbuatan Iblis pada ketika itu adalah untuk mencari rahsia kejadian manusia sama ada manusia akan melawan apabila di sanggah ataup un tidak, kebetulan apabila Iblis menendang lembaga Adam rupanya lembaga itu ber bunyi, ertinya manusia akan melawan apabila dia di apa-apakan dengan cara yang tidak hak, inilah suatu fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat manusia menerima apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum namanya
Soalan: Mengapa Iblis masuk kedalam lembaga Adam ? Jawapan: Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan masuk kedalam lembaga Adam itu makhluk yang ghaib sepertinya, iaitu Rohani, malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham rahsianya kerana di hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak mahu tunduk kepada Adam dan terus membantah perintah Tuhan kerana tidak mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud, Iblis tetap dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta dari tanah sedangkan dia dari api dan dia tak tahu rahsia Rohani yang di tiupkan Allah ke dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya bagaimana Adam bangun dan bersifat hidup Soalan: Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis tidak sujud kepadanya ? Jawapan: Adam boleh nampak pada ketika itu tapi dia tidahk tahu siapakah makhluk yang di perintahkan Allah sujud kepadanya kerana dia melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata jasadnya Soalan: Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat dalam jasad Adam ? Jawapan: Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah Adam dan Hawa dapat di sesatkannya Soalan: Mengapa Allah perkenankan permohonan Iblis hendak sesatkan Adam dan anak cucunya ? Jawapan: Allah dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan kepada sekalian makhluk ciptaanNya tanpa memilih siapa mereka, ini juga satu fitrah bagi DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa di antara hambaNya yang patuh dengan perintahNya, ternyata Iblis sudahpun tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud kepada Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu ikut perintah Allah maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama syayatinul Ins, ini semua adalah suatu fitrah hukum Soalan: Apakah maksud fitrah hukum ? Jawapan: Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah peristiwa awal untuk di kenalpasti yang kemudiannya melahirkan sumber panduan hidup tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan Allah kepada manusia sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah
ertinya Iblis adalah makhluk yang telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi ujian kepada manusia, dengan adanya peristiwa Adam dan Iblis maka lahirlah panduan untuk di jadikan suri tauladan Selepas Adam ber diri tegak dan Allah memerintahkan kepada malaikat sujud kepadanya (malaikat semuanya sujud kecuali Iblis) maka Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan makanlah buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu Sesudah sekian lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka Adam mersa LETIH dan mengantuk lalu TERTIDUR, Apabila Adam terbangun daripada tidur di dapatinya seorang wanita sedang duduk di sebelah kepalanya lalu Adam menegur perempuan tersebut !!Siapakah kamu ? Jawab wanita itu !!Saya adalah seorang wanita!! Adam bertanya lagi !Untuk apa kamu di jadikan ? Jawab wanita itu ” Aku di jadikan supaya kamu jinak kepadaku ! nampaknya wanita itu cukup faham yang dia adalah menjadi kecenderu ngan untuk Adam, ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang lelaki Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak untuk lelaki maka Adampun memerintahkan wanita itu datang kepadanya, lalu wanita itu berkata!! Kamulah datang kesini ! Ketika Adam mahu menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara !!Wahai Adam ! tunggu dulu, kerana wanita itu belum lagi halal bagimu, kemudian Allah perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam di ijab kabulkan di bawah sepohon pokok di syurga yang bernama (Shajaroti Thouba) yang di saksikan empat malaikat Jibrail,Mikail,Isrofil dan Izroil Sebelum di akad nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam dan wanita itu bertanyakan kepada Adam !!siapakah namanya wahai Adam ? Jawab Adam ! namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi !!Mengapa Hawa ? Jawab Adam ” kerana dia di jadikan dari benda yang hidup!! Sebaik saja Adam dan Hawa di ijab kabulkan , tidak lama selepas itu maka turunlah perintah Tuhan kepada Adam seperti yang di nyatakan dalam Al A araf 19 Firman Allah: (Dan wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari maka nan sepuasnya apa saja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika hampiri) jadilah kamu dari golongan yang zalim) Iblis yang begitu beden dam kepada Adam berikrar untuk menyesatkan Adam dan berusha keras menjalankan tipu dayanya secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri, akhirnya Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan ketelinga Adam dan Hawa supaya menghampiri pohon khuldi dan memakannya, sebaik saja kedua mereka memakan buah tersebut maka terbukalah pakaian mereka Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh Allah kepada keduanya dan lupa ia akan perintah Allah setelah merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu memanggil mereka keduanya Bukankah Aku telah melarang kamu daripada menghampri pohon itu ? Dan Aku telah peringatkan bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata (Al Aaraf 22) Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada mulanya dia merasa malu kepada Tuhan dan cuba untuk melarikan diri tiba-tiba Tuhan memanggilnya UWahai Adam kemana engkau akan lari ? Jawab A dam U Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai TuhanKu ! Berfirman Allah U Turunlah kamu kesemuanya setengah kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat kamu tinggal sehingga di suatu masa (Al A araf 24) Soalan: Mengapa Iblis tidak mahu sujud pada Adam ? Jawapan: Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur dengan asal usulnya daripada api Soalan: Iblis tidak mahu sujud kerana apa ? Jawapan: Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam yang beserta Allah dan dia juga terlupa kepada yang memerintahkannya sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan Adan dia memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran Soalan: Bahasa apakah yang di gunakan dm di syurga ? Jawapan: Adam menggunakan bahasa arab dan iblis juga berbahasa arab Soalan: Mengapa wanita itu tahu yang dia seorang wanita ? Jawapan: Sebab dia adalah seorang penggoda kepada lelaki dan dia juga tahu dia berasal dari sifat nafsu iaitu hawa kepada nafsu adam di sebelah kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan dia tahu bahawa hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis darah iaitu darah merah, darah putih (benih) dan air susu, dia bukan di jadikan dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan ahli kitab Soalan: Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk penjinak lelaki (Adam) ? Jawapan: Sebab dia dapat mersakan ransangan hawa nafsunya kerana mempunyai tiga jenis darah namun akhlak malunya melebihi lelaki sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah Soalan: Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang kepadanya ? Jawapan: Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata seorang lelaki (rijal) Soalan: Mengapa wanita itu berkata kepada Adam !!kamulah datang kepadanya ? Jawapan: Kerana fitrah lelak ilah datang melamar wanita ertinya bukan perigi mencari timba, inilah sejarah fitrah ijab dan kabul dan bermulanya halal di antara seorang lelaki dan wanita Soa lan: Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ? Jawapan: Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka berdua memakai pakaian syurga iaitu cahaya, dan Adam memberitahu malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa Soal an: Malaikat bertanya Adam mengapa Hawa ? Jawapan: Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada benda yang hidup, ertinya Hawa bermaksud benda yang hidup atau menghidupkan Soalan: Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ? Jawapan: Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada diri Hawa, sebab itu pada awalnya dia mahu menerkam Hawa lalu terdengar suara menahannya “Adam ! tunggu dulu kerana ia belum halal bagimu, kemudian dia diijab kabulkan di bawah sepohon kayu bernama sajaroti touba Soalan: Mengapa Adam dilarang Allah supaya jangan menghampiri pohon itu, dan siapa sebenarnya pohon itu ? Jawapan: Sebenarnya pohon itu adalah Siti Hawa sendiri, demikianlah ayat qiasan di dalam quran yang mengatakan pohon khudi Soalan: Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di hampiri oleh Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka telah di ijab kabulkan ? Jawapan: Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga adalah tempat pembalasan bagimanusia yang soleh sebab itu dia dilarang menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya) Soalan: Kemudian apakah yang terjadi ? Jawapan: Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan membisikkan kepada Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi kerana kata iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka berdua sehinggakan Iblis bersumpah dengan nama Allah, akhirnya berlakulah hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan buah itu, iaitu Adam makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam, lalu terbu kalah pakaian keduanya Soalan: Apakah maksudnya makan buah ini ? Jawapan: Maksudnya mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika Hawa turun kebumi dalam keadaan mengadung kali pertama, demikian kesah yang di kesahkan oleh kitab manusia di langit dan bumi karangan Al Marhom senator amaluddin Darus Soalan: Kemudian apakah seterusnya ? Jawapan: Atas kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun memurkai mereka, lalu Allah arahkan mereka keluar dari syurga, dan Adam sebenarnya bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana ia telahpun halal sebagai suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana melanggar tegahan Tuhan, Jangan hampiri pohon ini ! Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka, sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang aras kalimah shahadah Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab syafie 384 H- 458 H)
Maksudnya: Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang Arsy berbunyi La Illaha Ill Allah Muhammaddarrasullullah Kalimah tersebut memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di anggap kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu, dengan kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Naiem (Ahmad bAbd ullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H) meriwayatkanMaksudnya: Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut panda nganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad) bersama namaKu di Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia (Muhammad) di Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir sambung menyambung yang mengh asilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis batu hitam (Hajratul Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat Allah) Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang arafah demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana   namun syaitan tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka
Dan jangan kamu berdua mendekati pohon itu (Al Baqarah 35) Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan, Adam dan juga siti Hawa di peringatkan oleh Allah s.w.t supaya JANGAN mendekati pohon itu, ayat di atas samalah juga dengan ayat larangan Allah kepada bani Adam!!Jangan kamu hampiri zina!! Adam dan siti Hawa di berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan makanan apa saja dari syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan siti Hawa merdeka di situ, namun kemerdekaan yang di berikan tidak bermakna jika tiada peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh dan ada larangan supaya mereka dapat kemerdekaan seratus peratus Andai semua kebebasan itu ada penghalangnya maka kebebasan akan hilang dan kerugianlah yang akan di tanggung dan penyesalanlah yang akan dapat, ini adalah suatu fitrah yang perlu di fahami sampai bilabila demikianlah juga dengan erti kemerdekaandan kemerdekaan tidak menjadi sempurna jika tiada pantang dan larang Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ? Jawapannya mudah kerana fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan dan kepercayaan, di sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan oleh Allah untuk menguji Adam dan Hawa Iblis yang berdendam terhadap Adam dan Hawa berjaya menjalankan tugasnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang akhirnya dia berjaya mengeluarkan mereka daripada syurga kerana mengikut kata Iblis dan mengabaikan larangan daripada Allah, maka di sinilah Iblis menunjukkan sifat takbur kali yang kedua, sekali ketika bangga dengan asal usulnya daripada api dan kedua kerana berjaya menyesatkan Adam dan Hawa Di tipunya Adam dengan kata-kata ( Wahai Adam, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang berkekalan dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan bujukan Iblis itu maka Adam dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal dan tidak binasa Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka berdua lalu berlakulah apa yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di fahami, namun ingat ! bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar perintah Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa pohon yang di maksudkan adalah Adam dan Hawa itu sendiri 


URUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:

* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa * Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa * Sudah menjadi fitrah bahawa jika buah dan pohon di maka maka pakaian boleh lucut * Buah itu sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis * Di larang mendekati lelaki dan perempuan yang bukan muhrim * Berhati-hati dengan janji syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia * Fahami dengan erti kebebasan dan kemerdekaan Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan menjadi fitrah hukum untuk anak cucunya
Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -29. Ikrar Manusia Bertuhankan Allah Di Alam Ruhk


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -29
IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH

Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai’at kepada Allah dan telah berikrar dan berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89 yang maksudnya: “Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya!! Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A araf 172 yang bermaksud: !.. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai!! Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat91 yang bermaksud : “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya …! Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa Zat Laisa kamishli syaiun (tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orangorang yang menyerahkan dirinya Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti kata Tawakkal Alallah ! Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya ? Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud: ” Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)

Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -28. Tauhid Af'al

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -28
TAUHIDUL AF’AL

Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka terperan gkaplah manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilann ya atau kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu
Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di jauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan lagi FirmanNya:…
Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah , dan sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya adalah datang disebabkan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman: Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As Shofat 97) Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar (Al Anfal 17) Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datangnya daripada manusia itu di anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau di perintah. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa nafsu nya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna sifa t jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari konsef kehidu pan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi bagi menunaikan perin tah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan kesempurnaan.
Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -27. Tauhid Sifat

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -27
TAUHIDUL SIFAT
Wajib mempercayai ujud sifat Allah swt, yang di maksudkan dengan sifat di sini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada pandangan ulamak ilmu ketuhanan mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat Asmaul Husna yang indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah apabila Zat yang Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak terhingga banyaknya itu serta qadim pula maka apa perlu Dia berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para ulamak ilmu ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan penyelesaian dengan mengujudkan ilmu yang di kenali sebagai sifat yang dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan penyelesaian terhadap ilmu sifat ini dan mereka memperkenalkan maksud sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang mengharapkan kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermakana) sementara sifat Zat yang qadim (Sifat Asma ul Husna) di istilahkan kepada sifat Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) 

Artinya sifat Ma’anawiyah memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani itu sifat qudrat maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun, sebagai contoh, sifat qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa oleh itu Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa maka barulah sifat qudrat itu memper olehi kuasa dan demikianlah kepada sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu adalah makhluk. 

Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan istilahnya didalam keilmuan ini supaya di fahami oleh manusia untuk permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan yang ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang tersirat dan tersurat, dan di sinilah punca perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata bermula, dan perlulah di ketahui yang mana di antaranya yang memberi erti di dalam kehidupan manusia dan perhu bungannya dengan Tuhan dan menetapkan yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab ilmu ini melahirlah istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah, para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat pada setiap bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu kepada setiap bahagian supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti yang tersenarai di bawah ini:

1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud

2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

3. Sifat Maani di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat

4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna 

Kesemua sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan kepada semua sifat dua puluh itu adalah kerana mengelakkan kepada pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita nahu memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf Diri Tuhan, Salbiyah bertaraf Keagungan Tuhan, Ma’ani bert araf makhluk Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna Tuhan ia itu sifat Tuhan oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakanaberdiri atau mengharapkan pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana Tuhan tidak memerlukan pergantunganNya dengan sesiapa

Kerana itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi kefahaman kepada ilmu mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba, iaitu hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang bersumber dari sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di kenali juga sebagai sifat Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat iaitu jasad manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri atau bergantung pada Zat , iaitu Zat Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta dengan Zat Salbiyah dan Zat Salbiyah pula adalah menunju kkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat Maani, maka di sinilah kefahaman orangorang yang mengenal Allah dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu 

INSAN KAMIL

Yang menemukan di antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat Al Uluhiyah di dalam bab ilmu Iftiqar, kerana itulah setiap manusia wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif Ba Ta ilmu Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat yang di kenali secara umum sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan kepada manusia supaya mengenal dan mememiki rkannya (Fikirkanlah tentang makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahaw a sifat Maani itu adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.
Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -26. Tauhid Asma


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -26
TAUHIDUL ASMA
Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan namanama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami akan setiap kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang pa ling agong ialah ALLAH, yang mana nama tersebut mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau namanamaNya yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’a lNya, kesemuanya ini wajib di ketahui supaya manusia khususnya terelak daripada melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini kerana dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak Allah untuk men tadbir makhlukNya, dan ia adalah bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki kebesaran dan keagungan yang mutlak, 

Di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al A’araf ayat 180 Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka kerjakan Ayat di atas menunjukkan kuasayang telah di tetapkan oleh Allah swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut namanamaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh ” Ya Allah Ya Rahman” (Wa hai Tuhan yang amat Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah g anti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman adalah sikap sifat Zat yang Pengasih,jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah kita akan melupai akan d iriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja untuk kepentingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan mengqadamkan Asmak Allah tersebut 

ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA

Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul Adhom dan lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng Agongkan diriNya supaya dapat membez akan dengan makhluk ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.

Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -25. Mentauhidkan Zat

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -25
MENTAUHIDKAN ZAT
Menyatakan dengan penuh rasa kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan bahawa tiada seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan tentang penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah dianggap sudah gila atau pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan yang tidak menyerupai apa jugapun,

Dia tiada dapat di bandingkan dengan segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan keadaan Zat tersebut walaupun Nabi-nabi dan Rasul rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya sekalipun, yang cuba mencari-cari rahs ia Zatnya ataumenyelidik keadaanNya pasti akan kecundang dan tersungkur kerana ada larangan daripadaNya sebagaimana firmanNya 

Maksudnya: Allah mencegah kamu daripada mengenal Dirinya (Zatnya) (Ali Imran 30) Dan sabda Rasullullah saw menyat akan dalam sebuah hadisnya: 

Maksudnya: Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan jan gan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan sebab itu kamu Akan binasa (HR Abu Naim dan Tabrani) Allah swt mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikang tersurat dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan umatnya supaya tidak menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana bagaimana hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah swt maka hasiln ya adalah kosong kerana tiada seorangpun yang termampu menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada surah Asy Syam ayat 11 Allah berfirman 

Maksudnya: Tiada siapapun yang menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha melihat, Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu (Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada lagi yang me merah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang tidak mahu membazirkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu maka kajilah Zat yang ujudnya bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak Allah swt yang hampirnya den gan Zat Nafsiyah itu paling hampir dan tidak pernah bercerai.


Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -24. Kewujudan Yang Maha Pencipta


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -24
KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA
Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1 Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu engkar? 

Mengikut ju mhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudah an, kerana ia memiliki sifat mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang senantiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan

 Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya) (Ar Rahman 29) Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya,

Di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk itu adalah datang dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah dengan sifat wal Batinu Tuhan yang sememan gnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh mata basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib tahu dan meng enal fungsi mata hatinya di samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara yang menyeluruh sebagaimana firmanNya 

Maksudnya: Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia, yang menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan, yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk, yang mengada kan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya, lagi amat Bijaksana (Al-Hasyar 22, 23, 24)

 Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang beriman kepada kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian

Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Usul Diri -23. Mencari Kuasa Tersirat


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -23
MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, 

Ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut sebenar nya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal pe rlu mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan kenyataan Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Likulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani hikmatun ) 

Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah: 

Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah Subhanallahu wa ta'alaa, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya 

Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap seluruh makhluk Tuhan, 

Ini bukanlah ber erti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya
Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...