Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -13 Soal Jawab Sembahyang


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -13
SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB
1. Apakah maksud Solat? Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan men gakui Af’al Allah.
2. Apakah kesempurnaan solat? Kesempurnaan solat apabila kerja­kerja yang mengandungi:
1. Kerja-kerja hati (Qalbi)
2. Kerja-kerja lidah (Qouli)
3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)

3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li? Adapun kandungan rukun Qalbi itu duaperkara
1. Niat
2. Tertib Rukun Qouli itu lima perkara
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca Tahiyat Akhir
4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir
5. Mengucap salam yang pertama
Rukun Fe’li itu enam perkara
1. Berdiri betul
2. Ruku’
3. `Iktidal
4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud
6. Duduk membaca Tahiyat Akhir

4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)? Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta’ayien
1. Qasad – menyehajakan kerja solat
2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan)
3. Ta’ayien ± menentukan waktu (nama sembahyang)

5. Mengapa wujud Solat? Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.

6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat? Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat.

7. Apa rahsia rukuk dan sujud? Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.

8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang? Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir. – Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal – Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.

9. Apa maksud sebenar Usalli? Usalli itu maksudnya mahu melaks anakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakekat sembahyang itu dari takbir hingga salam.

10. Bila hendak memakrifatkan La ha wla wala quwwata illa billah? Ketika qiam dan sebelum takbir.

11. Mengapa rukunsembahyang itu 13 perkara? Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13 bahagian. Daripada Allah satu iaitu –Nyawa, Daripada Rasul empat iaitu
1 – Pendengaran
2 – Penglihatan
3 – Penciuman
4 – Perasaan
5 Daripada Ibu empat iaitu – Darah
6 – Roma
7 – Daging
8 – Otak
9 Daripada Bapa empat iaitu – Kulit
10 – Urat kecil
11 – Urat besar
12 – Tulang
.
12. Apakah rahsia ujud solat? Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud).
Firman Allah: Maksudnya: Dan tepatil ah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan (An-Nahl 91) 13.
Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifatmakhluk kepada sifat Insan Kamil?
Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah. Firman Allah: Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya (An­Nahl 89) 14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat? Al-fatihah semasasolat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah:
Sabda Rasullullahsaw Maksudnya: Telah berfirman Allah `Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) di antara Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamd ulillahirobbil `alamiin! Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku,apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memu liakan Aku, dan apabila hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazina an’amta `alaihim, ghoiril maghduubi `alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini s emua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta (H.R Imam Muslim dariAbu Hurairah)

Firman Allah: Maksudnya: “Wahai anak Adam! Aku te lah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau. Adapun tiga untuk Aku, iaitu:
Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam).
Ar-RahmaanirRahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang).
Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaa ka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan) Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dh aalliin (bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)” (Riwayat Thabarani)

15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang? Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah ertinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.

16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan? Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam ini lah yang mesti di’iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun .

17. Adakah sembahyang itu wajib? Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.

18. Apakah maksud solat dalam solat? Ada yang menyebut solat daiem.

19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu? Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya. 
Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...