Cari Blog Ini

Selasa, 17 Juni 2014

Contoh Rasulallah Sahallahu 'Alaihi Wasalam

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
 




“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”



Contohlah  Rasulallah Sahallahu 'Alaihi Wasalam



Allah taala menyifatkan rasulullah s.a.w sebelum beliau dibangkitkan , dalam taurat di bahagian pertama baris pertama iaitu firmannya :
Muhammad itu rasul Allah ,hambaku yang pilihan ,tiada suka marah , tiada kasar hatinya , tiada berteriak di pasar pasar,. Ia tiada membalas kejahatan dengan kejahatan,akan tetapi memaafkan dan berjabat tangan, ia dilahirkan di makkah , berhijrah ke thabah ( madinah) dan kerajaan nya di syam ( syiria) . ia berkain sarung diatas pinggangnya.dia sendiri dan orang yang bersama dia(para sahabatnya) itu penjaga Alquran dan ilmu,.ia berwudhu membasuh anggota badannya.

Diantara akhlaqnya ialah: ia memulai salam dengan orang orang yang ditemuinya.dan siapa yang bersoal jawab dengan beliau kerana keperluan nescaya beliau sabar menyabar dengan orang itu.sehingga beliaulah yang pergi.

Dan apa yang diambil oleh seseorang dengan tangannya , maka beliau melepaskan tangannya sebelum orang yang mengambil itu melepaskan tangannya.

Apabila beliau bertemu dengan salah seorang sahabatnya , maka beliau memulai dengan berjabat tangan,(mushafahah).kemudian beliau mengambil tangannya lalu kemudian beliau memegang erat erat.

Beliau tiada berdiri dan duduk , kecuali dengan zikir kepada Allah.tiada seorang yang duduk pada tempatnya dimana beliau sedang solat melainkan beliau meringankan(mencepatkan) shalatnya.dan terus menghadapi orang itu seraya bertanya “apakah engkau mempunyai keperluan.? Apabila orang itu telah selesai dari keperluannya maka nabi s.a.w. kembali kepada solatnya.

Adalah kebanyakan duduknya ,beliau menegakkan kedua betisnya dan memegang dengan kedua tangannya diatas kedua betis itu.menyerupai kain yang mengikatkan. Tiada di kenal tempat duduknya dari tempat duduk sahabatnya , kerana dimana saja ada tempat duduk terluang terus beliau duduk disitu.

Tiada pernah sekali sekali beliau memanjangkan kedua kakinya diantara para sahabatnya.
Beliau mengutamakan orang yang masuk kepada tempatntya dengan kasur yang dibawah tempat duduknya.

Kalau orang itu enggan menerimanya nescaya beliau berazam sehingga orang itu memperbuatnya.
Adapun majlis nabi s.a.w adalah majelis yang bersifat malu,merendah diri dan amanah penuh kepercayaan.

DIPETIK DARI IHYA ULUMIDDIN

 Wallahu'alam
Barakallahu Fikum 



Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 


 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...