Cari Blog Ini

Senin, 16 Juni 2014

Khusyu vs Tawaddu

   Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”


KHUSYUK VS TAWADDUK 

Peringkat-peringkat sholat, nilaikan dimana tahap sholat kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sholat kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi... menjadi umat yang agung seperti dulu.

 GOLONGAN (1)

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sholat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sholat, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sholat tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sholat itu fardu.



 GOLONGAN (2)

Orang yang mengerjakan sholat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk sHolat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sholat tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada ALLAH SWT.


 GOLONGAN (3)

Orang yang mengerjakan sholat, bahkan tahu ilmu mengenai sholat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sholat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sholat, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sholat.Orang ini jatuh fasik.


 GOLONGAN (4)

Orang yang sholat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sholat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sholat,orang ini lalai dalam sholat. Neraka wail bagi orang ini.


 GOLONGAN (5)

Golongan yang mengerjakan sholat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sholat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sholat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sholat awamul muslimin.



 GOLONGAN (6)

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sholatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sholatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah Ta'alaa  secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sholatnya. Begitulah sehingga selesai sholatnya.

Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).

Golongan ini terserah kepada Allah Ta'alaa . Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah Ta'alaa, mana yang lalai itu moga moga Allah Subhallahu Wata'alaa ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sholat itu. Artinya sholatnya tiada memberi kesan apa apa.


GOLONGAN (7)

Golongan yang mengerjakan sholat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sholatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sholat itu tidak mempengaruhi sholatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sholatnya. Hatinya masih dapat memuja ALLAH SWT didalam sholatnya. Golongan ini disebut orang-orang sholeh / golongan abrar / ashabul yamin.


 GOLONGAN (8)

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sholatnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sholatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap ALLAH SWT dapat dirasai pada gerak dalam sholatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin.
(Yang hampir dengan Allah Ta'alaa )

GOLONGAN (9)

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sholat itu dijiwai didalam sholat malahan ia dapat mempengaruhi di luar sholat.

Kalau ia bermasalah langsung ia sholat, kerana ia yakin sholat punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sholat. Sholat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sholat dulu, maka didalam sholat itulah panah itu dicabut.

 Mereka telah khusyuk dengan sholat. Makin banyak sholat makin lazat, sholatlah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Allah Ta'alaa. Dalam sholatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Allah ta'alaa.

Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Allah ta'alaa. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sholat itu tadi, maka dapatlah kita nilai sholat kita di tahap yang mana.

Maka ibadah sholat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.

Sholatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.


Jadi dimanakah tahap sholat kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.

Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah sholat kita. Marilah bersama membaiki sholat kita agar betul2 menjadi Tiang Agama






Wallahu'alam

Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...