Cari Blog Ini

Jumat, 04 Juli 2014

Haqiki-42. Syariat menyelamatkan manusia

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 

“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 


  Haqiki  
 
20. Syariat menyelamatkan manusia

Syariat juga menyampaikan perkhabaran tentang malaikat dan Nabi-nabi. Malaikat dikenali dengan mengetahui asal kejadiannya daripada nur yang murni yang berbeza daripada cahaya matahari atau sebarang cahaya yang diketahui oleh manusia.

Perlu juga diketahui beberapa malaikat yang menjadi pemimpin kepada malaikat-malaikat sekaliannya. Mengenali Nabi pula adalah dengan mempelajari sejarah perjalanan mereka, tahu keturunan mereka dan tahu pula siapakah di antara mereka yang menerima kitab dan suhuf serta tahu kitab-kitab tersebut.

Pengetahuan tentang perjalanan Nabi-nabi bagi meningkatkan kedudukan kerohanian dalam melaksanakan tuntutan syariat. Seterusnya syariat mengajarkan manusia tentang akhirat. Matlamat utama manusia adalah akhirat dan dunia menjadi jalan kepada akhirat.

Di samping mencari kesejahteraan hidup di dunia manusia lebih dituntut mencari keselamatan di akhirat. Kehidupan dunia hanyalah sementara dan kehidupan akhirat berkekalan, tanpa kesudahan. syariat juga mengajar manusia supaya mengakui kelemahan mereka. Oleh yang demikian mereka dikehendaki beriman kepada Qadak dan Qadar. Keyakinan kepada akhirat menggerakkan manusia supaya rajin beramal.

 Keyakinan kepada Qadak dan Qadar memimpin manusia menjadi hamba yang tunduk kepada ketuhanan Allah s.w.t. Apa yang diajar oleh syariat membentuk sifat aslim iaitu berserah diri kepada Tuhan. Orang Islam yang bersifat aslim itulah yang benar-benar tunduk, patuh dan melaksanakan hukum Tuhan sebagaimana layaknya dibuat oleh seorang hamba yang merdeka.

Orang yang melalui jalan syariat akan berjaya apabila sampai kepada makam mukmin. Allah s.w.t berfirman:
Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin, dirinya dan hartanya dengan syurga, iaitu mereka yang berjihad pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu perjanjian yang benar di tentang itu (yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran; kerana bukankah tidak ada yang sempurnakan janjinya lebih daripada Allah? Lantaran itu bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepada-Nya, kerana yang demikian adalah kebahagiaan yang besar. ( Ayat 111 : Surah at-Taubah )

Orang yang mencapai darjat mukmin ada harga pada sisi Allah s.w.t hinggakan Dia sanggup membeli mereka dengan harga syurga, harta yang paling tinggi nilainya dalam seluruh alam makhluk. Tidak ada keraguan lagi kedudukan mereka sebagai ahli syurga. Makam yang di bawah daripada makam mukmin ada dua.

Pertama adalah mereka yang dijamin sebagai ahli neraka. Kedua adalah mereka yang mungkin ke syurga atau mungkin ke neraka, hanya belas kasihan Tuhan yang boleh menyelamatkan mereka. Ketika hayat masih ada ujilah diri sendiri apakah sudah mencapai taraf mukmin atau belum. Alat pengujinya adalah firman Allah s.w.t:
Orang-orang mukmin apabila diperingatkan dengan Allah nescaya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya menambahkan bagi mereka keimanan; dan kepada Tuhan mereka berserah diri. (Iaitu) orang yang mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka. ( Ayat 2 & 3 : Surah al-Anfaal )

Jika tanda yang tersebut di atas tidak ada waspadalah! Mungkin neraka menunggu di akhir perjalanan hidup di dunia ini. Mulalah bekerja untuk menyelamatkan diri dengan berniaga dengan Allah s.w.t, menjualkan diri kepadanya dengan cara berjihad pada jalan-Nya. Mudah-mudahan Tuhan sudi membeli.

Kejayaan bagi mereka yang berjihad pada jalan Allah s.w.t adalah mereka dikurniakan petunjuk dengan nur tawajjuh yang berperanan memalingkan hati kepada Allah s.w.t dan membentenginya daripada apa yang cuba memesungkannya. Orang yang dikurniakan nur tawajjuh dinamakan orang salih yang berpegang teguh dengan syariat Allah s.w.t. nur tawajjuh membuat mereka berasa damai dan tenang serta bertambah kehampiran dengan Allah s.w.t. Mereka tidak berasa berat untuk melakukan ibadat walau berapa banyak sekalipun kerana semakin banyak mereka beribadat semakin mereka memperolehi taqarrub (mendekat dan menghadap Allah s.w.t) dan semakin mereka berasa lazat beribadat. Orang salih adalah ahli syariat yang memakai pakaian warak dan berjalan dengan nur tawajjuh.
 Berasambung...........
Wallahu'alam  
Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 

Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...