Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis - 6 , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 


“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darrul Nafis, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 6


Keempat mazhab Ahli Kasyaf, ya’ni orang yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya itu daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua.
Dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan, dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua. Wallahu ‘alam.
Ya’ni segala yang berlaku didalam segala alam ini, Allah taala jua yang menjadikan dia. Intiha’(Dan lagi kata) syech abdul wahab as sya’rani telah menyebutkan syech Muhaiyuddin ibnu Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul Makiyah akan barangyang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada allah Ta’ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta’ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggong siksa dan pahala padahal perbuatan itu bagi allah Ta’ala jua pada haqiqatnya tetapi tatkala menda’wi kita pada ketika berhenti didalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka menyandarkan Allah Taala itu akan dia kepada kita dengan sekira2 da’wi kita berbuat kerana cuba daripada allah ta’ala kepada kita maka apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit dari allah ta’ala pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu.
 Kemudian apabila sampailah kita kepada musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita pada barangyang telah menamakan allah ta’ala akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barangyang telah menamakan allah ta’ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana mengamal akan firman allah ta’ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akandikau daripada kebajikan itu makaiatu daripada allah ta’ala dan barangyang mengenai akandikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.
Shahadan kata syechuna alaalamah maulana as Syech yusuf abu zharah almasry pada ketika tadarrisnya (mengajarnya) didalam masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada allah ta’ala melainkan pada maqam ta’alim jua intiha’.
(Dan kata) syech ibnu hajar didalam syarah arbain pada sabda nabi saw. didalam setengah daripada segala doa iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada allah ta’ala segala yang menghina akandia seperti tiada harus dikata allah ta’ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan jika adaia menjadikan tiap2 sesuatu sekalipun kerana adab (maka tiap2) adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatkan akan firman allah ta’ala jua intiha’
(dan lagi kata) Syech   abdul wahab assya’rani qadasallahu sirrahu kepada syechnya sidi ali alkhawas r.a (soal) apa haqiqat usaha mengatakan iman as’ary itu (maka jawabnya) r.a (bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta’lik irodat mumkin dengan memperbuat barang perbuatan ada ia maka diperolihi taqdir ilahi pada ketika ta’lik irodat itu maka dinamai merekaitu akan yang demikian usaha bagi mumkin pada ma’ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya ya’ni berkehendak kepada taqdir ilahi itu
(dan lagi) kata  Syech Abdul Wahab as Sya’rani qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya’ni sidi ali al khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala2 bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira2 taqwin hanyasanya baginya hukum jua faqad (=sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan atsar ayat (berkata) syech ia pula ya’ni sidi ali al khawas ra
Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat




 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Besambung.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...