Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis -3 , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 





“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darul Nafis, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 3

Bermula dalil yang menunjukan bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allah taala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
Kata syeih Muhammad ibnu Aljazuli rahimallah dalam syarah ‘Dalail AlKhairat’ ‘tiada terbit daripada sesaorang daripadasegala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, ‘intiha’.
Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala itu.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma’siat, dan tiada upaya pada mengerjakan ta’at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.
Syahadan, maka manakala sentiasa engkau memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia, nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan matahatimu akan segala ujud majazi ini hapus ia dibawah nur ujud Allah yang sebenarnya.
Syahadan, manakala engkau kekalkan akan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia sedikit, kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu.
Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan pandanganmu zohirmu dan bathinmu, maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdatul Af’al, ertinya Esa Allah taala pada segala perbuatan, iaitu ‘ibarat ia daripada fana’ segala perbuatan makhluk ini, sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya,
Sekeliannya itu fana’ dibawah perbuatan Allah taala, sekira2 tiada dilihat didalam akuan itu sesuatu, perbuatan Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.
Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu.
Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan.
Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.
Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.
Syahadan, dibuat mithal olih setengah daripada arifin billah kerana menghapirkan faham jua, tiada pada haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan.
Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya.Tetap, sesungguhpun seperti demikian itu, ya’ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua.
Maka jangan engkau melampaui akan syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali2 ‘itiqadkan gugur taqlif syara’.
Maka jikalau engkau ‘itiqadkan gugur taqlif syara’ nescaya jadilah engkau kafir zindiq ‘nauzubillah min zalik’.
Dan berpeganglah engkau pada syariat Muhammadiyah serta engkau ‘itiqadkan dan engkau pandang dengan matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allah taala.
Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu.
Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli sekalipun.
Dan erti syirik jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu kepadanya.
Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a* ولو خطرت لي في سوال إرادة – على خاطري سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, nescaya aku hukumkan diriku itu dangan murtad.
Dan tetapi, engkau dikatakan didalam kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu’min yang sebenarnya, sebab yang demikian itu.
Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mu’min yang sebenar, melainkan bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua.
Maka ketika itu baharu engkau dinamai mu’min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik.
 Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum jamii'an
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat



 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Besambung.......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...