Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis -14, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 




“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darrul Nafis , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 14
(adapun) pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia allah ta�ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang tersebut didalam alquran firmannya (كلا نمدّ هؤلاء من عطاء ربّك وما كان عطاء ربّك محظورم) artinya sekeliannya kami anugerah ia akan merekaitu dan merekaitu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini mendengar ia akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin iaitu �ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia� allah ta�ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah allah ta�ala dan rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia (dan) bersungguh2 lah engkau pada memintak doa kepda allah subhanahu wata�ala kerana allah subhanahu wata�ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman allah ta�ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu
hathir (حطر) bisikan @ goyangan @ detak- detikjabal khof (جبل قاف) bukit khafwarid (ورد) kehendak @ ya’ni @ dimaksudkan @ tujuan
(shahadan) bersalahan ulama’ pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya (kata) ulama’ usulluddin ya’ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya’ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma’ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah allah ta�ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam�ihi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi
(dan) kata ulama� ahlu attassawuf ya�ni �ariffin billah qadassallahu asrarrahum bahawasanya segala sifat itu diri mausufya�ni diri zat maka atas qaul ini adalah allah ta�ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya (dan kata) syechuna al�arif billah maulana as syech siddiq ibni umar khan talmiz almarhum alqutub ar rabbani maulana as syech Muhammad bin abdul karim as saman almadani rodiallahu anhuma
(bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu yaini ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah taala akan merekaitu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih merekaitu akan sifat itu berdiri kepada maani yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah taala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci allah taala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih makrifah daripada segala yang makrifah 
(bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan iktiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah yaini bahawasanya qodirun itu isim fe’el yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua....
Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum jamii'an
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat



 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Bersambung.......
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...