Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis -2, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 




“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darul Nafis, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 2

Ber-awal ini satu muqadimah pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan yang menegahkan dia, dari pada sampai kepada Allah Ta’ala.
Ketahui olehmu hai salik. bahwasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat, maksiat bathin atau dzahir, dan melepaskan dirimu dari segala yang membatalkan sulukmu, dan dari yang menegah di kau dari pada sampai kepada Allah Ta’ala.
Ber-awal, segala yng membatalkan suluk itu amat banyak. Setengah dari padanya *كسل * artinya segan daripada mengerjakan ‘ibadat serta kuasa mengerjakan dia.
Kata Abu Dzar Jamhir barangsiapa berperangai ‘kasal’, maka tiada diperolih ia akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat.
Dan setengah daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan ‘ibadat sebab bimbang dengan dunia.
Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya jemu dan puas daripada memperbuat ia berulang2, padahal belum lagi hasil yang dikehendakinya. syahadan, adalah sebab yang demikian itu sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan mengikutkan nafsu akan hawanya.
Dan yang menegahkan sampai orang yang salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat.
Dan setengah daripadanya *رياء* riya’, ertinya memperlihatkan ‘ibadatnya kepada orang yang lain atau menghendaki dengan ‘ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala, jikalau syurga sekalipun.
Dan setengah daripadanya *سمعة *sum’ah ertinya mengkhabar2kan ‘ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang.
Dan setengah daripadanya *عجب* ‘ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan ‘ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala.
Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan ‘ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Taala atasnya.
Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding iaitu dinding ‘ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap2 tiap2 satu amal ‘ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akanperhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian itu.
Syahadan, tiada yangmelepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanyasegala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang petama ini. Insyaa Allah Taala.* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
Bermula fasal pertama pada menyatakan tauhid Af’al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma’siat, kerana kafir dan ma’siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala.
Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara’ datang ia mencela akan dia.
Bermula kifiat memandang segala pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * .
Dan artinya perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyuruh.
Dan ertinya perbuatan dengan tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.
Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum jamii'an
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat



 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Besambung

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...