Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis - 7, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darrul Nafis, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 7

(Bermula) kenyataan yang demikian itu bahawasanya haq allah ta’ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harkat atau ma’ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka tiada dapat tiada daripada unjudnya mahal ( tempat  wadah) yang menzahirkan ia akan taqwin (=keberadaan) perkerjaan ini ya’ni perkerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal  (tempat hinggap) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka mumkin ini padahal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha’ فأفهم فإنه دقيق وتحقيق
 **nota**: 
adalah kitab darun nafis ini ditulis dalam bahasa melayu lama.. dan ayat2 tidak mempunyai permulaan dan perhentian noktah… tutur bahasanya pula dicampur aduk dengan bahasa arab pasar.. (arab loghat nusantara). Saya terpaksa menyalin kitab ini secara asal, untuk memelihara keasliannya
(dan lagi kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku afdaluddin rahimallah ta’ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu ya’ni qudrah itu sifat daripada ketentuan tunggal ketuhanan iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi mumkin itu da’wi dengan tiada dalil
(dan lagi berkata ia) ya’ni syech afdaluddin rahimallah ta’ala bermula kata kami ini muafakat serta asa’riyah yang mengisbatkan merekaitu bagi qudrat hamba serta menafikan perbuatan daripadanya intiha’
(dan lagi kata) syech abdul wahab assya’rani qadassalahu sirrahu dan telah menyebutkan olih syech muhayiddin radiallau anhu pada bab seratus dua puloh daripada futuhuhul makiyah bahawasanya mengisbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa’il daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fa’lun
(dan lagi berkata ia) ya’ni syech muhayiddin r.a dan tiada membukakan allah ta’ala atasku dengan menghilangkan labisa ya’ni samar pada masaalah ini ya’ni hal keadaan fa’lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun hijrah enamratus tiga puloh tiga dan sanya sukar atas aku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli sunah dan khalqhi (خلق) yang mengata akan dia kaum mu’tazillah maka mengurniakan taufik allah ta’ala akan daku dengan membukakan penglihatanku atas mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada ketika itu melainkan allah ta’ala jua
Aasar (اثار) @ kesan @ bekasFa’il (فاعل) @ perlaku @ pembuat @ perlakun Fa’lun (فعل @ buatan @ lakunan @ kelakuanMumkin (ممكن) @ yang diadakan @ yang dicipta @ yang dilembagakanTafsil (تفصيل) @ penjelasan @ penerangan @ kupasanQudrat ((قدره) @ kuasa @ daya @ energy @ force
(maka firman allah ta’ala) bagiku didalam sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk adakah perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada ya rabb
(maka) firmannya bagiku seperti demikianlah sekelian barangyang engkau lihat akandia daripada segala yang baharu tiada bagiku seorang didalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah tuhan yang menjadikan segala asyia’ pada sisi asyia’ tiada dengan asbab maka adalah dengan perkerjaan ku jadikan nafhun pada isa dan kejadian taqwin pada thoir
(maka) sembahku baginya ya rabb maka apabila adalah seperti demikian itu maka tiap2 adalah dirimu yang engkau khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat
(maka firmannya) bagiku apabila aku perlihatkan akandikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olihmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan saat menidak2ki akan perbuatan tuhan seperti firmannya لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian kamu itu akan ditanya intiha’
Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat





 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
bersambung  ....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...