Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis-13 , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 




“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darrul Nafis , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 13
 
(shahadan) pada maqam albaqa� ya�ni maqam tauhid alsifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia� dan aulia� dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia� dan aulia� yang dibawah qidamnya.
(shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah allah ta�ala didalam bumi ini dan menjadikan allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini 
seperti firman allah ta�ala yang tersebut didalam alquran (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل فى الأرض خليفة) ertinya tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah (ya�ni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma� sekeliannya seperti firman allah ta�ala (وعلم آدم الأسماء كلّها) artinya dan telah mengajari allah ta�ala akan nabi allah adam akan segala asma� sekeliannya dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada allah ta�ala kerana jadi kholifahnya seperti kata setengah �ariffin billah (من عرف الله لا يخفى عليه شىء) artinya barang siapa mengenal ia akan allah ta�ala dengan sebenar2 pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi allah ta�ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan allah ta�ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan �alim yang sebenarnya 
 seperti kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu dan lainnya bukannya orang yang �alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang �alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al�alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman allah ta�ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami
(ya�ni) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu bagi segala ulama� zhohir pada khasnya (أخذتم علمكم ميتا من ميت وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama� az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha�demikianlah hasil yang disebutkan olih imam alghazali didalam ihya ulumuddin
al�alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ) memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanananbia� (أنبياء) nabi2 @ pemberita2 @ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agamaaulia� (أولياء) wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada tuhankholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakangkhorij (خارج) luar @ tidak dari dalamladuni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa menuntut dari mana pihakmasyaih (مشائح) guru2 kerohanianqidam (قدم) telapak kaki @ dibawah hirakitamkin (تمكين) keadaantalqin (تلقين) ajaran @ pimpinan @tunjuk ajarwasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah.....
 Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum jamii'an
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat



 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Bersambung.......
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...