Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis -10 , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 





“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darrul Nafis , Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 10

(setelah itu) maka apabila engkau pandang bahawasanya yang murah itu daripada allah ta�ala jua dan yang zhohir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama karim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada allah ta�ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim allah ta�ala dan seperti demikian itulah tiap2 orangyang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma� allah ta�ala jua (shahadan) kata setengah daripada �arif billah tiada bagi allah ta�ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma�ani hanyasanya yang ada baginya itu asma� jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada datang dalam quran dan hadith mengatakan bahawasanya allah ta�ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma� jua (seperti) firman allah ta�ala ( ولله الأسماء حسنى فاعوه بها) 
Artinya dan bagi allah ta�ala itu berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya (maka) menentukan allah ta�ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat (dan lagi) sabda nabi saw (وإنما تدعون من هو سميع بصير متكلم وهو معكم أينما كنتم) ertinya dan hanyasanya yng kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2 padahal serta kamu barang dimana kamu (dan keduanya daripadanya) �aqali iaitu pada akal bahawasanya allah ta�ala itu jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul (bermula allah ta�ala) itu terlebih ma�rifah daripada segala ma�rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci allah ta�ala itu daripada bersifat dengan sebab ma�ani yang demikian itu (dan lagi pula) betapa disifatkan allah ta�ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran dan hadith yang tersebut itu (shahadan) maqam inilah ya�ni maqam tauhidul asma� maqm yang kedua daripada segala maqam �ariffin yang dianugerahkan allah ta�ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orangyang sentiasa memandang wahdatul af�al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu tauhidus sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam �ariffin
karim (كريم) @ permurah majhul (مجهول) @ yang dibodohkan @ diperbudak2kan @ tidak layak di didarjatkanmazhar (مظهر) @ tempat kezhohiranran @ wadah kenyataan @ wajah ujudnaqli (نقلي) @ ambil @ kutip @ istinbatsawwirun (صور) @ melakar @ menggambar @ membentuk @ menyerupa @ melembaga @ memberi susuk… dari khayal dan waham kepada seolah nyata....
 Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum jamii'an
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat



 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Besambung.......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...