Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Al-Darrul Nafis -5, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 





“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Kitab Al-Darrul Nafis, Syeh Muhammad Nafis Al-Banjari 5

(Maka hubaya2), takut olihmu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdatul af’al itu, yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang keelokan Yang wajib Ujud.
Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.
Tanbih ya ihwani. artinya ini suatu perkataanyang menjagakan hai sekelian saudaraku.bermula hasil kata syeh Abdul wahab as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud Durrur, Ia manqul (dididatangkan) dari perkataan syeh Muhaiyiddin ibn Arabi r.a:
Bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang haq Allah taala pada hal haq taala jua, Yang berbuat Ia, dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah taala.
Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu yang dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua.
Maka barangsiapa terbuka daripadaNya hijab itu, nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah taala sendirinya.
Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu, terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fai’il yang haqiqi, ya’ni yang berbuat sebenarnya, iaitu Allah taala.
Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:
Pertama kaum yang tiada mengetahui merekaitu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala perbuatan ini dan hanya di’itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua.
Dan adalah qudrah hamba itu baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu. Maka iaitu mazhab mu’tazillah yang bi’daah lagi fasik.
Kedua mazhab Jabariah; iaitu kaum yang mengetahui merekaitu dan memandang merekaitu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya.
Dan keraslah atas merekaitu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.
Dan tiada sampai merekaitu kepada menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang merekaitu daripada darjat kamal, maka tersalahlah merekaitu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada merekaitu. Maka iaitu ‘itiqad zindiq.
Ketiga kaum yang mengetahui merekaitu akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah taala, tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar.
Dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta’lik hukum syara’, tetapi kedua2nya itu tiada sekali2 memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala sendiriNya jua.
Maka iaitu As’ariyah ialah ‘itiqad yang maqbud (dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat, tetapi tiada sampai merekaitu kepada martabat kasyaf kerana terdinding merekaitu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.
Maka tiap daripada segala thoif (gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah (kabur/ keliru) , ya’ni dinding yang menutupi daripada sampai penglihatan merekaitu kepada memandang wahdatul Af’al selama2nya.
Mereka itu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf dan musyahadah dan mukafahah.
Wallahu'alam
Wa-Baarakallaahu Fiikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakat




 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim

Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim

amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Besambung.....


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...