Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Juni 2014

Kitab Syarah Usul Al-Tahqiq -1

 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 





“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”


Ini Kitab Syarah Usul Al-Tahqiq

Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama’ As-Sholihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhabarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.

Bismillah hirrahmanirrahim

Dengan pertolongan Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.


” Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta’ala, Tuhan seru oleh sekelian alam”
” Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah Ta’ala “
” Dan Rahmat Allah Ta’ala dan Salam Allah Ta’ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul “
” Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu daripada salah “

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; artinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin Ma’rifatullah” Ertinya: “Pertama-tama ugama itu “Mengenal Allah”..
Maka adalah makna ‘Ma’rifat’ ertinya “Mengenal” itu ;
Ertinya: “Simpulan yang putus; yakni pegangan yang teguh, yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil.”

Maka adalah dalil itu 2 perkara:-
Pertama-dalil Naqli namanya

 iaitu firman Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah.
Kedua-dalil ‘Aqli namanya i
aitu menyatakan ia akan keadaan Allah Ta’ala itu.

‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah :

  1. Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka BUKAN ia bernama ‘Ma’rifat’ ,maka adalah namanya itu seperti itiqad Falsafah; yang mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan sendirinya).
  2. ‘Itiqad Qadariah – Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi bekas.
  3. ‘Itiqad Nasrani – Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta’ala. Dan berbagai-bagai
  4. lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan bagi yang benar.
  5. Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang benar tetapi TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia dikatakan ‘Ma’rifat’ , sebaliknya itu ‘Taklid’ namanya, ertinya mengikut-ikut perkataan orang sahaja....
Wallahu'alam 
Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 


 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Bersambung ......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...