Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -12 Memahami Faedah Sembahyang

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -12

MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG
1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu :

1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah
2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah
3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah
4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah
5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah

2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.

3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahalasembahyang daiem 150,000 setiap hari. Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:
1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat
2. Qiam itu pelita didalam kubur
3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur
4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur
5. Ruku’ itu permaidani didalam ku bur
6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan
7 . Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.
8. Duduk dianta ra dua sujud itu payung di Padang Mahsyar
9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar
10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir
11. Selawat it u bertemu dengan Nabi Muhammad saw
12. Salam itu membuka pintu syurga
13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga Bererti setiap perbuatankita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.

 4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas t erhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:
  1. Hajis – ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah 2.
  2. Khatir – terlint as hati kepada tujuan yang berganda
  3. Waham – ertinya was-was lemah ilmu dan iman (tiga perkara diatas adalah kerja syaitan) Berniat wajib:
  4. Huzur – ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)
  5. Azam – cita-cita yang putus . Sedar tanggungjawab
  6. Duhul – ertinya sedia tiada halangan
  7. Kasad – ertinya hajat (menunaikan amanah) Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiad a bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam. Didalam niat itu: Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang
3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.

4. Meeraj Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada maarifat. Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah. Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita(Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan ke pada Adam yang sedia,barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita. Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaituserahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah). Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah. Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.

5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.

6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, `Apat, syirik.

7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak) 8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.
1. Asal Allah d aripada Zat
2. Usul Allah daripada Sifat
3. Asal kita daripada Nyawa
4. Usul kita adalah hati


9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.

10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud danIktidal.

11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang di sebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati. 
Berasambung...........
Wallahu'alam   
Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 

 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...