Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -6 Al-Quran Di Dalam Diri Manusia



Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -6
AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA
.
Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqar ah 97 menerangkan: “Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan …” Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud: ! Sesungguhnya Kamilah yang berku asa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam dadamu) dengan menetapkan bacaannya!! 

Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya kepada ayat yang berjumlah 62 36 ayat Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepada huruf dan seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di dalam diri manusia Pelajaran ini tersangat jarang diperkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya tetap akan mencari maksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau berbentuk apa ?

Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) kedua­dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran itu ? Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim, ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? 

Jika ia bersifat Qidam maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan) Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ? Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul Basits ? * * 

Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagi-bahagikan Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat dipecah atau di pisahkan Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bagi-bagikan Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan kehidupan Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? 

Manusia wajib tahu sebab dia berada di dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri Apa yang sedang di nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada di dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di terangkan pada pelajaran mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu ada di dalam diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Qu ran, cuma dalam berbentuk apa ? 

Itulah yang hendak di ketahui oleh kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang kita ketahui (bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad Al Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan , yang mengikutinya atau menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini bererti cakap yang benar dan haq 

Di dalam Quran juga ada ayat yang menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat perhubungan di antara Allah dan seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak berc erai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan bercerai berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan roh penghidupan yang berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit ( iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang menjadi sumber kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa (Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya, kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata, ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula Wala itu wajib di fahami bahawa ia dikuasai oleh Quwwata illa billah dan jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa Rasullullah itu sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada Al Kitab Al Quran

Merujuk kepada Al Quran surah Al Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang bermaksud Allah dengan izinNya memasukkan Al Quran kedalam hati manusia dan dada manusia maka kali ini kita menyingkap suatu rahsia yang tidak pernah atau selalu di perkatakan oleh kebanyakan para alim dalam keilmuan Al Quran ini kerana Al Quran yang di maksudkan oleh Allah s.w.t ini bukanlah berbentuk kitab yang berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk jauhar yang sukar untuk di lihat dengan mata kasar akan tetapi ujud dengan fungsinya sebagai IMAM atau pemimpin sebagaim ana yang di kehendaki oleh Allah kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur atau berbentuk Hablillah (tali Allah) Pada pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah berbentuk Jirim,

 Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah berbentuk bentuk dalam istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka kita lebih cenderung menyatakan bahawa Al Quran tersebut adalah berbentuk zat, kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di ujudkan oleh Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di samping ia adalah IMAM atau pemimpin sebagaimana jawapan yang tepat kepada soalan Mungkar dan Nangkir, 

\oleh kerana ia IMAM maka ia adalah makhluk yang bertaraf zat Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya oleh Allah s.w.t (Bani Isroil ayat 85 dan 86) Maka yang menjawab soalan tersebut ialah yang menjadi ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu, ia adalah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali sebagai nyawa atau Nafsin kepada sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka dialah juga dikenali sebagai makhluk La akhluqu (zat yang tidak menjadikan sesuatu) An Nahl ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran yang di masukkan oleh Allah ke dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah ataupun diri kebatinan manusia yang sebenar ataupun dikenali sebagai diri sebenar diri yang tidak menanggung dosa, 

 ini jika kita faham tentang istilah Ruhul Hayat ataupun Sir kepada Allah Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari guru yang faham tentang ilmu yang khusus ini, di se babkan ia adalah makhluk bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu maka ia tidak terkecuali dari beribadat kepada Allah s.w.t , kerana itu ia beribadat dengan nama shuhud kepada Wahdah dan juga kasrah dan sir ini jugalah yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat mengenal diri dan Tuhan, dan dia jugalah yang di kenali sebagai INSAN yang sempurna yang tidak ada cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang lebih luas tentang ilmu ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu dimulakan dengan istilah yang bersangkut dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas yang mejadi sumber ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur dan Shuhud dan berkait rapat pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af’al, ertinya ia datang daripada istilah Asmak Allah

Berasambung...........


Wallahu'alam  

Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 

 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...