Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -18. Tauhidul Af'al


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -18
TAUHIDUL AF’AL
Manusia yang masih hidup wajib mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja buat perbuatan Allah Subhanallahu wa ta'alaa di atas takdirNya, 

Jika manusia tersilap menyangka segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di kaitkan dengan takdir maka terperangkaplah manusia itu dengan perbuatan syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilannya atau kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. 

Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecela kaan dijauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di sebaliknya. 
 
Maksudnya: Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang daripadaMu Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecela kaan dijauhkan daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dan lagi FirmanNya:…
Maksudnya: Katakanlah olehmu segala sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah, dan sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya adalah datang di sebab kan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman: Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As Shofat 97) Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya:..
 Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar (Al Anfal 17)

Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datang nya daripada manusia itu di anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia dianggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau di perintah. 

Dan lagi firmanNya: Maksudnya: 

Dan tidaklah kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29) 


Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa nafsunya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna sifat jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari konsef kehidupan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi bagi menunaikan perintah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal kebaikkan dan kesempurnaan. 

Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...