Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Usul Diri -28TAUHIDUL AF’AL
Manusia yang masih hidup wajib
mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke
Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di
nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala
gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja
buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka
segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di
kaitkan dengan takdir maka terperan gkaplah manusia itu dengan perbuatan
syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap
dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilann ya atau
kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari
ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan
dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan
ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu
mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. Maksudnya:
Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang
daripadaMu
Manusia berlindung dan mengharapkan
kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di jauhkan
daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya
tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari
Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di
sebaliknya. Dan lagi FirmanNya:…
Maksudnya: Katakanlah olehmu segala
sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas
menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah , dan
sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya
ataupun setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang
daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya
adalah datang disebabkan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran
yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman:
Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As
Shofat 97) Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa
Dialah yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan
Dialah juga yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya:
Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi
Allahlah yang melempar (Al Anfal 17) Ayat yang di atas menerangkan
bagaimana kuasa melempar yang datangnya daripada manusia itu di anggap
sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya
adalah datang daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar
dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia
di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya
manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan
didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah
makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan akal tersebut dan
demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini,
dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang
tersirat yang menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada
Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat
di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak
melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu
berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau di
perintah. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang
berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29)
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu
sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah
takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap
nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya
supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa
nafsu nya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan
manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan
Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan
kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan
akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh
mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang
sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan
ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna
sifa t jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari
konsef kehidu pan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi
bagi menunaikan perin tah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef
yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah
jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal
kebaikkan dan kesempurnaan.
Berasambung...........
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar