Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -26. Tauhid Asma


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -26
TAUHIDUL ASMA
Setiap yang beriman kepada Tuhan wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana nama-nama tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu penting bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan namanama itu juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami akan setiap kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara nama-nama Tuhan yang pa ling agong ialah ALLAH, yang mana nama tersebut mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau namanamaNya yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’a lNya, kesemuanya ini wajib di ketahui supaya manusia khususnya terelak daripada melakukan penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak Tuhan tiada satupun sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini kerana dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya menyeru AsmakNya apabila memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini adalah sifat mutlak Allah untuk men tadbir makhlukNya, dan ia adalah bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki kebesaran dan keagungan yang mutlak, 

Di dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al A’araf ayat 180 Maksudnya: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka kerjakan Ayat di atas menunjukkan kuasayang telah di tetapkan oleh Allah swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut namanamaNya, ini bererti apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh ” Ya Allah Ya Rahman” (Wa hai Tuhan yang amat Pengasih) kita sebut begitu adalah kerana Allah itu adalah g anti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman adalah sikap sifat Zat yang Pengasih,jika kita seru dengan Rahman sahaja mungkin seolah-olah kita akan melupai akan d iriNya, itu adalah suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja untuk kepentingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan mengqadamkan Asmak Allah tersebut 

ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA

Asmaul Husna atau nama-nama Allah terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul Adhom dan lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng Agongkan ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan meng Agongkan diriNya supaya dapat membez akan dengan makhluk ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari ke Esaan ZatNya.

Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...