Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Usul Diri -21MENCARI TERSIRAT 2
Dalam mencari yang tersirat peringkat
kedua ini penulis bawa kepada konsep mengenal diri jenis makhluk yang
bernama manusia yang menjadi khalif ah di bumi secara ringkas,
sebagaimana yang di ketahui umum manusia adalah makhluk yang di jadikan
Tuhan sama dengan makhluk yang lain, asal usul awalnya di katakana
daripada Nur, ertinya daripada Allah sebagaimana firmanNya menyatakan
KULLA MIN INDALLAH (setiap sesuatu itu daripada Allah), sedangkan Allah
itu adalah Nur, memandangkan manusia ini adalah jenis makhluk yang
berdarjat tinggi jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain,
dengan pengurniaan akal kepada mereka maka manusia perlu membuat
penilaian kepada dirinya sendiri, iaitu dengan membandingkan diri mereka
dengan makhluk Allah yang lain, oleh kerana itu manusia perlu keluar
daripada sifat makhluk kepada sifat manusia, dan daripada sifat manusia
kepada sifat Insan Kamil, dan dengan taraf Insan Kamillah baru manusia
itu menjadi sempurna sebagaimana firman Allah menyatakan: Maksudnya:
Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami
kembalikan mereka ke tempat yang hina (At Tin 4, 5) Ayat yang di atas
jelas menunjukkan bahawa Allah swt telah menjadikan manusia sebagai
makhluk yang sempurna jika di bandingkan dengan makhluk yang lain, dan
kemudiannya akan di kembalikan di sisi Allah swt sebagai makhluk yang
hina, ini menunjukkan bahawa ada perbezaan pada darjat manusia itu
kerana setelah Allah jadikan dengan sempurna mana mungkin di kembalikan
pada tempat yang hina? inilah bukti yang kukuh yang menunjukkan manusia
itu mempunyai darjat tertentu, sebagai satu contoh adakah manusia
beribadat kepada Allah masih berdarjat makhluk atau berdarjat manusia
ataupun berdarjat Insan Kamil, itulah sebabnya para ulama’ membezakan
taraf manusia itu kepada beberapa darjat supaya dengan memahami darjat
tersebut dapatlah manusia melaksanakan tugasnya kepada Allah dengan
sempurna sejajar dengan kesempurnaan tersebut, dan kerana itulah manusia
perlu mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang sempurna dan
kerana itulah ulamak menyatakan (Sesiapa mengenal dirinya ia mengenal
Tuhannya, dan sesiapa mengenal dirinya maka binasalah ia) ayat ini
menunjukkan bahawa Man ini secara am sama ada manusia ataupun bukan
manusia jelasnya Man ini adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia
mengenal dirinya Nafsahu maka barulah ia mengenal TuhanNya yang bernama
Rabbahu, iaitu Tuhan yang bertaraf Laisa kamis lihi syaiun (Yang tidak
berupa apa juapun) ini bererti manusia Man ini jika kita bawa kepada
pengertian manusia maka ia akan membawa kepada manusia yang jenis Laisa
kamislihi syaiun iaitu manusia yang batin atau di kenali sebagai Insan
atau di kenali juga sebagai diri sebenar diri yang bertaraf nyawa atau
Nafas, ia adalah sebahagian daripada diri Rohani, fungsinya adalah
sebagai menghidupkan diri jasmani ataupun diri yang bernama diri terperi
yang fungsinya di dalam batang tubuh sama ada yang turun dan naik
ataupun yang keluar dan masuk pada jasad manusia yang anasirnya yang
terdiri daripada Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas dan yang sentiasa
mengingat Allah tanpa henti-henti, sesungguhnya diri manusia yang
bertaraf Man dan Nafsahu ini wajib di kenali, dan ibadahnya pun wajib
juga di kenali, inilah nilai sebenar manusia, dan pada garis kasar
mengenal diri ini adalah patut di huraikan juga taraf diri yang lain,
iaitu diri kedua penting didalam kehidupan yang diberikan nama diri
terperi yang terdiri dari komponen rohani yang di kenali sebagai Roh,
Akal dan juga nafsu, ia juga di kenali sebagai Ruhul Yaqazah yang
fungsinya menentukan jasmani manusia berdaya dan berupaya kerana itu
orang sofi dan juga orang yang memahami jalan diri menyatakan Maksudnya:
Bahawa tiap-tiap jasad itu ada dua Roh, salah satu dari keduanya ialah
Roh Yaqazah (Roh menjagakan) yang di tentukan oleh Allah adat, jika ia
berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga, maka apabila ia keluar
daripadanya (jasad) maka tidurlah manusia itu, dan berlakulah mampu,
yang lagi satu ialah Ruhul Hayat (Nyawa) yang di tentukan Allah adat,
jika ia berada pada jasad maka hidup lah jasad, apabila ia berpesan
daripada badan matilah manusia (jasad) dan kedua-dua jenis Roh ini
berada dalam jasmani manusia, tiada yang mengetahui tempat ketetapannya
melainkan Allah atas urusan itu Ayat yang di atas menerangkan bahawa
didalam jasad manusia itu terdapat dua jenis Roh, satu dikatakan bernama
Ruhul Yaqazah yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, yang mana
Ruhul Yaqazah ini juga di kenali sebagai hati, ia memberikan fungsi
kepada manusia supaya hidup bererti, dengan adanya Roh di dalam jasad
maka ia dapat memberikan kekuatan dan keupayaan kepada setiap komponen
jasmani, Akal pula dapat memberikan kuasa berfikir, mengingat, dan
berperasaan dan menyimpan segala maklumat masa silam dan semasa,
sementara fungsi yang terdapat pada anasir hawa Nafsu pula ialah untuk
melahirkan sikap berkeinginan, berkecenderungan dan mempengaruhi serta
mendorong kepada sesuatu pergerakan untuk menyempurnakan niat yang
datang daripada akal, Ruhul Yaqazah ini jika dia masih berada didalam
jasad maka manusia akan menjadi aktif dengan berkesedaran sebagaimana
manusia semua maklum, dan apabila ia keluar daripada jasad maka jasm ani
menjadi hilang keupayaan aktifnya secara total semua ini adalah atas
ketentu an Allah yang mentadbir dan mengatur alam ciptaanNya, di dalam
Al Quran pada surah Az Zumar ayat 42 Allah menyatakan bahawa Ruhul
Yaqazah ini di tahan kemudian di lepaskan, jika di lepaskan bermaksud
jasad menjadi aktif dan peranannya dapat dilihat dan apabila ditahan
maka jasad menjadi hilang berkeupayaan, hilang fungsi minat, dan hilang
keupayaan untuk berfikir, maka jadilah jasad tidak bermaya dengan
istilah tidur, sebagaimana yang telah di terangkan Allah di dalam surah
Al An’am ayat 60, sementara satu lagi jenis Roh dinamakan Ruhul Hayat
atau di kenali sebagai nyawa kepada jasad, atau dikenali juga sebagai
Insan batin, Ruhul Hayat (Roh menghidupkan) ini selagi ia tidak keluar
daripada jasmani maka jasad tidak akan mati, ertinya manusia tidak akan
mati-mati selagi ia tidak keluar daripada jasad, akan tetapi apabila ia
keluar maka jasad manusia akan mati dan menjadi busuk atau hilang ghaib,
sementara Ruhul Yaqazah akan mengikutinya kemana saja ia berada.
Sebenarnya Rohani yang terdiri daripada anasir Roh, Akal, Nafsu dan
Nyawa adalah makhluk yang tersirat dan yang berhak di istilahkan sebagai
diri yang sebenar kepada manusia, dialah yang lebih awal Allah jadikan
sebelum Allah ciptakan manusia dari jenis yang tersurat dan yang menjadi
kepada rumah Rohani tersebut, kaedahnya samalah juga dengan kita
memilikki tempat kediaman yang mana kita boleh keluar dan masuk dan
memeliharanya dengan baik supaya dapat tinggal lama di situ, kerana
itulah kita perlu selalu berdo’a kepada Allah atas rasa syukur apabila
Rohani itu di kembalikan Allah kedalam jasmani supaya dapat meneruskan
kerja khalifah di bumi ini (Segala pujian bagi Allah yang telah
mengembalikan Rohku kepadaku, dan yang telah menyegarkan pada tubuhku)
do’a ini menunjukkan bahawa Rohani(Ruhul Yaqazah) itu boleh keluar dan
masuk kedalam jasad manusia atas keizinan Allah swt. Rohani dan
komponennya mempunyai istilah yang tersangat banyak sehingga ia
memeningkan akal manusia untuk memikirkannya, pada pandangan penulis
istilah yang berbagai-bagai itu adalah cara seseorang itu berguru
mengikut fahaman tarikattarikat yang tertentu sahaja, apa yang lebih
penting ialah meyakini ianya ada di dalam jasad manusia dengan
dalil-dalil nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw, ini bererti jika
orang yang tidak selalu merujuk kepada Al Quran atau berwirid dengannya
maka ia tidak akan berjumpa dengannya malah ada yang menafikan atau
membuat tuduhan yang tidak ada asas terutama pada golongan yang athies
dan tiada keimanan yang kukuh dan melulu atau mencegah daripada
membincangkannya kerana ia di katakan itu hanya urusan Allah walaupun ia
di muatkan di dalam Al Quran yang menjadi asas panduan kehidupan
manusia yang di turunkan daripada langit oleh Allah kepada manusia.
Sememangnya manusia buat zaman akhir ini terlalu meragam dengan istilah
kerohanian ini malah ada yang tersangat takut dengan istilah tersebut
kerana di katakana tersangat bahaya kepada kepentingan mereka walaupun
ianya benar mengikut Nas, dan tidak kurang pula yang mengatakan yang
ghaib hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, dalam masa yang sama mereka
percaya pula kepada Allah yang Maha ghaib dan di tuntut pula untuk
mempercayainya serta mengenaliNya, demikian juga kepada malaikat yang
ghaib serta syaitan yang ghaib, bagi penulis orang yang sedemikian rupa
tinggalkan saja mereka itu, nanti di akhirat mereka boleh menyaksikan
apa yang benar dan yang salah dan manusia bukanlah terus hidup dan hidup
terlalu lama untuk membuktikan fahaman mereka itu. Hanya orang yang
Allah tunjukkan jalan saja yang memahami dan meyakini perkara yang ghaib
itu kerana mereka dapat melihat dengan mata hatinya yang di izinkan
oleh Allah swt (Hati orang yang arif mempunyai mata memandang, matanya
dapat melihat apa yang tidak dapat di lihat pandangan biasa)
Berasambung...........
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar