Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -9 Apakah Maksud Adam


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -9
APAKAH MAKSUD ADAM ?
.
Adam bermaksud Allah dan manusia tidak bercerai (Allah dan Muhammad tidak bercerai) Allah ada zahir dan ada pula batiNya, sebab itu Al Quran menerangkan Huwal Awwalu, Wal Akhiru, Wazzohiru dan Wal Batinu sementara manusia ada juga zahir dan batinnya akan tetapi zahir Batin Allah tidak sama dengan zahir dan batin manusia, sebab itu di katakan bahawa zahir manusia adalah jasmani dan batin manusia ialah Rohani, Rohani memiliki kuasa Roh ertinya kudrat, Rohani memiliki kuasa berkehendak ertinya Iradat, Rohani memiliki daya fikir ertinya ia memiliki kuasa ilmu (akal) dan Rohani memiliki kuasa hidup ertinya sifat hayat, adapun sifat Roh, Akal dan Nafsu ini adalah bertaraf Rohanian sementara sifat hayat ini bertaraf berkeadaan zat yang bertaraf man Rohani ataupun kerohanian sama ada ia bertaraf zat ataupun Rohanian ia tetap man yang di jadikan ertinya mereka bukannya Tuhan ataupun sebahagian daripada Tuhan atau penjelmaan daripada Tuhan, mereka inilah letaknya rahsia beserta dengan Tuhan, ertinya di mana juga kita berada maka di situlah ada Tuhan, dan kita hendaklah ingat kita dengan Tuhan bukan bermaksud bersekutu ! 

Tuhan dengan Rohani tidak bercerai, ini bererti jika asal kejadian ADAM pada awal Allah hendak menyempurnakan kejadiannya maka Allah tiupkan Rohani yang beserta dengan Tuhan itu kedalam jasad Adam maka Adampun menjadilah sebagai seorang manusia, lepas itu barulah Allah suruh malaikat sujud pada ADAM, mengapa Allah suruh malaikat sujud pada ADAM ? Kerana beserta ADAM ialah Allah ertinya Ke Esaan Allah maka itulah rahsia di antara sifat QAHAR DAN SIFAT KAMAL di dalam ilmu akidah sifat 20 Maksud Qalbun dan Qalbi Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do’a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do’a tersebut berbunyi !!Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal ‘azim abadan abada birahmatika ya Ar hamarrahimin !!t (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do’a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu hati 

Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah mengikut fitra hnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani dijadikan oleh Allah daripadaNya disuatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, 

maks udnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta’arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af’alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseora ng tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo’a yang bermaksud !!Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat!! ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenalnya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib 
Berasambung...........


Wallahu'alam  

Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 

 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...