Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -7 Haqiqah Sholat


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -7
HAQIQAH SOLAH
.
Maksud HAQIQAH SOLAH, Haqiqah berasal daripada perkataan HAQ, ertinya yang sebenar dan perkataan ini juga berkait dengan nama Allah (Asmak) Allah yang ke 52 yang bererti Yang amat benar, sementara perkataan SOLAH ( As Salah) yang membawa erti menyembah Tuhan Yang Maha Esa, jika di rangkulkan dua perkataan ini ia di namakan HAQIQAH SOLAH yang bermaksud YANG BENAR MENYEMBAH TUHAN, Haqiqah salah banyak sekali di gunakan oleh golongan tasauf dan tariqah atau golongan yang mendalami ilmu menyembah Tuhan, saya berpandangan bahawa HAQIQAH AS SALAH bukanlah MAJAZ (maksudnya nas yang tidak di ertikan dengan makna yang hakiki) sebab ia adalah maklum kepada orang islam yang sejati Cuma HAQIQAH AS SALAH ini perlu di lihat dari sudut hukum kepada diri yang benar melakukan solat tersebut, umpamanya jika manusia itu di perintahkan bersolat maka mereka perlu tahu siapa yang sebenarnya melakukan solat tersebut sebab itu agama menetapkan hukum qalbi , qauli dan fi’li yang semua hukum ini di laksanakan oleh makhluk manusia yang empunya diri, kerana itulah juga maka setiap manusia perlu mengenal dirinya yang sebenar diri yang ada pada batang tubuh badannya dengan istilah diri terdiri (jasadnya) diri terperi Ruhul yaqazah ataupun istilah hati yang terdiri dari roh+Akal+nafsu (qalbi) dan diri sebenar diri (Ruhul Hayat) ataupun nyawanya, semuanya ini wajib  melaksanakan sholat tanpa kadho kecuali uzur syara’ie, dan perlulah faham juga dengan maksud LA HAULA WALA pada dirinya Sesunggu hanya QUWWATAILLA BILLAH itu adalah menguasai akan dirinya pada keseluruhannya er tinya diri yang LA HAULA WALA itu di kuasai sepenuhnya oleh QUWWATA ILLA BILLAH yang difahami oleh kebanyakan orang tasauf sebagai DIRI TAJALLI yang bermaksud semua perkara perlaksanaan kerja ibadat itu di sempurnakan oleh qudrat dan iradah Tuhan Yang Maha Esa dalam kefahaman bukan lah bermaksud PENJELMAAN TUHAN akan tetapi atas ketentuan Tuhan semata mata, dan jika ada yang memahamkan bahawa HAQIQAH SOLAT ini sebagai kerja nyawa semata-mata (solatul daim) saya sangat tidak bersetuju pula sebab tidak mungkin hilang af’al kerana istilah HAQIQAH SOLAT tida k sekali-kali menidakkan kerja ruhul yaqazah dan peranan jasad sebagai sebagai menunjukkan af’al daripada Allah s.w.t Terlalu ramai orang yang mengatakan bahawa HAQIQAH SOLAT hanya di kerjakan nyawa semata mata, ini tidak benar sama sekali, pandangan mereka apabila sebut sahaja HAQIQAH SOLAT maka ia sematamata solatul daim ataupun shuhud wahdah fil kasrah dan shuhudul kasrah fil wahdah (pandangan yang satu kepada yang banyak dan pandangan yang banyak kepada yang satu) jika amalan ini di lakukan oleh nyawa semata-mata maka mereka perlu faham tentang maksud kasrah (banyak) apa yang banyak dan siapa yang di maksudkan yang banyak itu ? Tuhan hanya satu dari yang satu pada maksud WAHDAH TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang mengenal dirinya dan Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang mempelajari ilmu tariqah dan Tasauf, mereka kadang kala menjadi bangga dengan ilmu ini dan kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak mengenal diri dan Allah dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji atau mempermain-mainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jik a kita halusi ilmu ini tiada bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini h anyalah mengkaji solat dan rukun solat biasa secara mendalam sahaja HAQIQAH SOLA T di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang bernama DIRI TERDIRI iaitu JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah ketetapan hukum fi’li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau diri yang di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH yang ter diri daripada ROH, AKAL dan NAFSU ATAUPUN kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di namakan RUHUL HAYAT atau kerja NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL MUHAMMADIYAH ilmu ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum qalbi, sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan sifat KAMAL Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada sebuah batang tubuh di kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat yang mana semua makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang mana kerja buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya, sesungguhnya manusia zahir dan batin yang tidak mempunyai daya dan upaya itu wajib meyakini bahawa tidak sah solah tanpa makrifah, persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di pelajari dengan guru yang arif HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka yang bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH berlaku pada sembahyang fardhu dan pada masa diluar solah, ilmu ini perlu dipelajari/gurui 

Berasambung...........


Wallahu'alam  

Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 

 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...