Cari Blog Ini

Selasa, 01 Juli 2014

Usul Diri -2



Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -2
FUNGSI RAHASIA LEMBAGA AKAL

Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya 

Pada pelajaran ini kita sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat Lembagaakal yang mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Alla h s.w.t mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi (neutron) iaitu kombinasi dari sel-se l yang dapat mencetuskan aliran elektrik di dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai electroencephalograph (EEG) 

Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave, aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada dimana seseorang itu berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya Pada dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat Peringkat gerak (Beta)

Peringkat ini dimana manusia aktif bergerak ketika sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hal dituju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain Peringkat diam (Alpha) 

Pada peringkat ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang dihadapinya, yang paling nyata maka kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud Peringkat tenang (Theta) Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta 

Peringkat fana (Delta) Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu dikaji oleh ahli sain, peringkat ini juga di kenali sebagai delta 

Pada pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya. Kajian sain tentang mind ini di kira hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-1 2 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kaji an mereka tentang tenaga atom, thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikulmolikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , 

Jika inilah atas kajian mereka maka rasanya ia difokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu saja Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat yang di kaitkan dengan istilah khusyu!! kepada Tuhannya. Ilmu ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang muslim


Berasambung...........


Wallahu'alam  

Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 

 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...