Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Risalah Sirrul Asral -14. Syeh Abdul Qadir Jailani
.11. Syarat Yang Perlu Untuk Melakukan Dzikir
Salah satu syarat menyediakan seseorang
untuk berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan
bersihkan tubuh badan dan sucikan hati. Pada peringkat permulaan, supaya
zikir itu berkesan, perlulah disebut kuat-kuat akan perkataan dan ayat
yang dijadikan zikir – kalimah tauhid, sifat-sifat Allah. Bila perkataan
tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dalam kesedaran (tidak
lalai). Dengan cara ini hati mendengar ucapan zikir dan diterangi oleh
apa yang dizikirkan. Ia menerima tenaga dan menjadi hidup – bukan sahaja
hidup di dunia ini bahkan juga hidup abadi di akhirat.
“Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya kematian pertama, dan Dia pelihara mereka daripada azab jahanam”. (Surah Dukhaan, ayat 56).
Nabi s.a.w menceritakan bahawa keadaan orang mukmin yang mencapai yang hak melalui zikir, “Orang mukmin tidak mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yang sementara ini dan pergi kepada kehidupan abadi”. Dan mereka lakukan di sana apa yang mereka lakukan dalam dunia. Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi
dan orang-orang yang hampir dengan Allah terus beribadat di dalam kubur
seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka”.
Ibadat yang
dimaksudkan itu adalah penyerahan dan merendahkan diri rohani kepada
Allah bukan sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam
diri, dengan diam, adalah nilai utama yang menunjukkan iman yang sejati.
Makrifat tidak dicapai oleh manusia
dengan usaha tetapi ia adalah anugerah dari Allah. Setelah dinaikkan
kepada makam tersebut orang arif menjadi akrab dengan rahsia-rahsia
Allah. Allah membawa seseorang kepada rahsia-rahsia-Nya apabila hati
orang itu hidup dan sedar dengan zikir atau ingatan kepada-Nya dan jika
hati yang sedar itu bersedia menerima yang hak. Nabi s.a.w bersabda, “Mataku tidur tetapi hatiku jaga”.
Pentingnya memperolehi makrifat dan hakikat diterangkan oleh Nabi s.a.w, “Jika
seseorang berniat mempelajari dan beramal menurut keinginannya itu
tetapi mati sebelum mencapai tujuannya, Allah melantik dua orang
malaikat sebagai guru yang mengajarnya ilmu dan makrifat sampai ke hari
kiamat. Orang itu dibangkitkan dari kuburnya sebagai orang arif yang
telah memperolehi hakikat”. Dua orang malaikat di sini menunjukkan
roh Nabi Muhammad s.a.w dan cahaya cinta yang menghubungkan insan dengan
Allah.
Pentingnya niat dan hajat selanjutnya diceritakan oleh Nabi
s.a.w, “Ramai yang berniat belajar tetapi mati ketika masih di dalam
kejahilam tetapi mereka bangkit daripada kubur pada hari pembalasan
sebagai orang arif. Ramai ahli ilmu dibangkitkan pada hari itu dalam
keadaan rosak akhlak hilang segalanya dan jahil keseluruhannya”.
Mereka adalah orang-orang yang bermegah dengan ilmu mereka, yang
menuntut ilmu kerana muslihat duniawi dan berbuat dosa. Mereka diberi
amaran:
“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke
neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di
dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka
pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu
pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu
telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).
Nabi s.a.w bersabda, “Setiap amal
bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan
bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak
beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya”. Niat adalah asas amalan. Nabi s.a.w,“Adalah baik membena kerja kebajikan di atas tapak yang baik, dan dosa adalah perbuatan yang dibina di atas tapak yang jahat”.
“Barangsiapa hendak ke taman akhirat Kami tambah untuknya pada ke tamannya, dan barangsiapa mahu ke taman dunia Kami akan beri kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tidak ada baginya bahagian akhirat”. (Surah Syura, ayat 20).
Cara terbaik ialah mencari guru
kerohanian yang akan membawa hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan
kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia mesti dilakukan segera ketika
masih hidup. Dunia ini kebun akhirat. Orang yang tidak menanam di sini
tidak boleh menuai di sana. Jadi, bercucuk tanamlah di dalam dunia ini
dengan benih yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup di sini dan juga
di akhirat.
Berasambung...........
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar