Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Risalah Sirrul Asral -7. Syeh Abdul Qadir Jailani
.
6. Tempat Roh-Rohk Di Dalam Badan
Tempat roh manusia, roh kehidupan,
di dalam badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan
deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah
mentaati perintah Allah. Dengan peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya,
Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmoni. Roh itu
bertindak menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah, tidak menganggap
perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana dia tidak berpisah
dengan Allah.
Perbuatannya daripada Allah; tidak ada perpisahan di
antara ‘aku’ dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya.
“Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
“Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Allah adalah esa dan Dia mencintai
yang bersatu dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal
kebaikan, yang Dia anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi
milik-Nya semata-mata, tidak dikongsikan dengan apa sahaja.
Jadi,
seseorang tidak memerlukan kelulusan atau halangan daripada sesiapa pun
di dalam pengabdiannya kepada Tuhannya, juga amalannya bukan untuk
kepentingan duniawi. Semuanya semata-mata kerana Allah. Suasana yang
dihasilkan oleh petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan
Allah di dalam alam nyata ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di
dalam yang banyak, hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan
Pencipta, semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang benar dan
ketaatan tanpa mementingkan diri sendiri. Namun, semuanya itu di dalam
taklukan alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita
sehinggalah kepada langit-langit.
Termasuk juga di dalam taklukan alam
dunia ialah kekeramatan yang muncul melalui seseorang, misalnya berjalan
di atas air, terbang di udara, berjalan dengan pantas, mendengar suara
dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran
yang tersembunyi. Sebagai ganjaran terhadap amalan yang baik manusia
juga diberikan nikmati di akhirat seperti syurga, khadam-khadam,
bidadari, susu, madu, arak dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati
syurga tingkat pertama, syurga dunia.
Tempat ‘roh perpindahan atau roh
peralihan’ ialah di dalam hati.
Urusannya ialah pengetahuan tentang
jalan kerohanian. Kerjanya berkait dengan empat nama-nama pertama bagi
nama-nama Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain
empat nama tersebut tidak termasuk di dalam sempadan suara dan huruf.
Jadi, ia tidak boleh disebut. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A’raaf, ayat 180).
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A’raaf, ayat 180).
Firman Allah di atas menunjukkan
tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah
pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperolehi pengetahuan yang
demikian dia akan sampai kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan
tentang nama keesaan sempurna.
Nabi s.a.w bersabda, “Allah Yang
Maha Tinggi mempunyai sembilan puluh sembilan nama, sesiapa
mempelajarinya akan masuk syurga”. Baginda s.a.w juga
bersabda, “Pengetahuan adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya
seribu”. Ini bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah satu. Ia memancar
sebagai seribu sifat kepada orang yang menerimanya.
Dua belas nama-nama Ilahi berada di
dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid “La ilaha illa Llah”. Tiap
satunya adalah satu daripada dua belas huruf dalam kalimah tersebut.
Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama masing-masing bagi setiap huruf
di dalam perkembangan hati. Setiap satu daripada empat alam yang
dilalui oleh roh terdapat tiga nama yang berlainan. Allah Yang Maha
Tinggi dengan cara ini memegang erat hati para pencinta-Nya, dalam kasih
sayang-Nya. Firman-Nya:
“Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”. (Surah Ibrahim, ayat 27).
“Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”. (Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian dikurniakan kepada mereka
kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok keesaan di dalam hati mereka, pokok
yang akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada
tujuh lapis langit, bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin
lebih tinggi lagi. Allah berfirman:
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit. (Surah Ibrahim, ayat 24).
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit. (Surah Ibrahim, ayat 24).
Tempat ‘roh perpindahan atau roh
peralihan’ adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan
di dalam penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam tersebut,
penghuninya, cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh
peralihan’ adalah bahasa alam batin, tanpa huruf tanpa suara.
Perhatiannya berterusan menyentuh soal-soal rahsia-rahsia maksud yang
tersembunyi. Tempatnya di akhirat apabila kembali ialah syurga Na’im,
taman kegembiraan kurniaan Allah.
Tempat ‘roh sultan’ di mana ia
memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan
roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan
ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang
sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ilmu
ada dua bahagian. Satu pada lidah, yang membuktikan kewujudan Allah.
Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu bagi menyedarkan tujuan
seseorang”. Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam
sempadan kegiatan hati. Nabi s.a.w bersabda, “Quran yang mulia mempunyai
makna zahir dan makna batin”. Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran
kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi.
Setiap makna yang
berikutnya lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana ia semakin
hampir dengan sumber yang sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah
adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi
Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu’. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60).

Pengetahuan zahir adalah umpama air
hujan yang datang dan pergi sementara pengetahuan batin umpama mata air
yang tidak pernah kering.
“Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin, ayat 33).
“Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin, ayat 33).
Allah jadikan satu bijian, sebiji
benih di langit. Benih itu menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di dalam
diri manusia. Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh-roh
(alam al-anfus); menjadi sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu
dijiruskan dengan air dari sumber hikmah. Nabi s.a.w bersabda,“Jika
seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian
sumber hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya”.
Nikmat bagi ‘roh sultan ialah
kelazatan dan kecintaan yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan
keelokan, kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman
Allah:
“Dia telah diajar oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati rapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 5 – 11).

Nabi s.a.w menggambarkan suasana
demikian dengan cara lain, “Yang beriman (yang sejahtera) adalah cermin
kepada yang beriman (yang sejahtera)”. Dalam ayat ini yang sejahtera
yang pertama ialah hati orang yang beriman yang sempurna, sementara yang
sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati orang yang beriman
itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri. Allah menamakan
Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan.
“Dia jualah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya”. (Surah Hasyr, ayat 23).
“Dia jualah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya”. (Surah Hasyr, ayat 23).
Kediaman ‘roh sultan’ di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen di mana roh-roh berhenti
adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah
hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan dengan
selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah melalui pesuruh-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Urusannya ialah kebenaran (hakikat)
yang diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai keesaan itulah
tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus
menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa rahsia yang suci. Ia
bukan bahasa yang berbunyi di luar.
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat bagi roh ini ialah
penyaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa yang dilihatnya
ialah keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian rahsia. Pandangan dan
pendengaran menjadi satu. Tidak ada perbandingan dan tidak ada
persamaan tentang apa yang disaksikanya. Dia menyaksikan sifat Allah,
keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan, kelembutan
dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui matlamatnya,
tempat kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan keduniaannya
yang memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan
rasa gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya
menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.
Bila apa yang diperkatakan di sini
sampai ke telinga orang yang berilmu, mula-mula cubalah memahami tahap
pengetahuan sendiri. Tumpukan perhatian kepada kebenaran (hakikat)
mengenai perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum mendongak ke ufuk
yang lebih tinggi, sebelum mencari peringkat baharu, semoga mereka
memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga
mereka tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan, tetapi sebaliknya
mereka mencari makrifat, kebijaksanaan untuk mencapai keesaan. Itulah
yang sangat diperlukan.
Berasambung...........
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.

Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar