Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Risalah Sirrul Asral -6. Syeh Abdul Qadir Jailani
5.Penurunan Manusia Ke Peringkat Rendah Yang Paling Bawah
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan
roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama diciptakan,
di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak
menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian ialah
bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar di
tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan akrab
dengan Allah. Dihantarkan-Nya roh suci kepada perhentian
utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya, kekasih-kekasih dan
sahabat-sahabat-Nya.
Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya
mula-mula kepada kedudukan akal asbab bagi keesaan, bagi roh universal,
alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat kepada Muhammad
s.a.w. Roh suci memiliki dan membawa bersama-samanya benih kesatuan.
Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan dinamakan ‘roh
sultan’. Apaabila melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan kepada
mimpi-mimpi, ia mendapat nama ‘roh perpindahan’.
Bila akhirnya ia turun
kepada dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan
untuk kesesuaian makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang kasar bagi
menyelamatkan dunia ini kerana dunia kebendaan jika berhubung secara
langsung dengan roh suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu.
Dalam hubungannya dengan dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan, roh
manusia.
Tujuan roh suci dihantar ke tempat
ciptaan yang paling rendah ini ialah supaya ia mencari jalan kembali
kepada kedudukannya yang asal, makam kehampiran, ketika ia masih di
dalam bentuk berdaging dan bertulang ini. Ia sepatutnya datang ke alam
benda yang kasar ini, dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam
mayat ini, menanamkan benih kesatuan dan menunbuhkan pokok keesaan di
dalam dunia ini. Akar pokok masih berada pada tempat asalnya. Dahannya
memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi keredaan Allah,
mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dalam bumi hati roh itu
menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama agar
diperolehi buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada peringkat yang
lebih hampir dengan Allah.
Allah membuatkan jasad-jasad atau
tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini
masing-masing mempunyai nama yang berbeza-beza. Dia bena ruang
penyesuaian di dalam tubuh. Diletakkan-Nya roh manusia, roh kehidupan di
antara daging dan darah. Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati,
di mana dibena ruang bagi jirim yang sangat seni untuk menyimpan rahsia
di antara Allah dengan hamba-Nya.
Roh-roh ini berada pada tempat yang
berbeza-beza dalam tubuh, dengan tugas yang berbeza, urusan yang
berbeza, masing-masing umpama membeli dan menjual barang yang berlainan,
mendapat faedah yang berbeza. Perniagaan mereka sentiasa membawakan
kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk nikmati dan rahmat Allah.
“Daripada apa yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka) mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi”. (Surah Fatir, ayat 29).
“Daripada apa yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang, (mereka) mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi”. (Surah Fatir, ayat 29).
Layaklah bagi setiap manusia
mengetahui urusannya di dalam alam kewujudan dirinya sendiri dan
memahami tujuannya. Dia mestilah faham bahawa dia tidak boleh meminda
apa yang telah dihukumkan sebagai benar untuknya dan digantungkan
dilehernya. Bagi orang yang mahu meminda apa yang telah dihukumkan
untuknya, yang terikat dengan cita-cita dan dunia ini Allah berkata:
“Tidaklah (mahu) dia ketahui (bagaimana keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di dalam kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di dalam dada?” (Surah ‘Aadiyat, ayat 9).
“Dan tiap-tiap manusia Kami gantungkan (catatan) amalannya pada tengkuknya…” (Surah Bani Israil, ayat 13).

Bersambung................
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.

Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar