Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Risalah Sirrul Asral -8. Syeh Abdul Qadir Jailani
.
7.Ilmu Pengetahuan dan Perkembangan Kerohanian
Ilmu pengetahuan zahir mengenai
benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas bahagian dan ilmu
pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian.
Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan di kalangan orang awam dan orang
khusus, hamba-hamba Allah yang sejati, menurut kadar keupayaan dan
kebolehan mereka.
Bagi tujuan yang berkaitan dengan
kita pembicaraan ilmiah mengenai ini dibuat dalam empat bahagian.
Bahagian pertama melibatkan peraturan agama, mengenai kewajipan dan
larangan berhubung dengan perkara-perkara dan peraturan-peraturan di
dalam dunia ini. Kedua menyentuh soal pengertian atau maksud dalaman
serta tujuan kepada peraturan-peraturan tersebut dan bahagian ini
dinamakan bidang kerohanian iaitu pengetahuan mengenai perkara-perkara
yang tidak nyata. Ketiga mengenai hakikat kerohanian yang tersembunyi
yang dinamakan kearifan. Keempat mengenai hakikat dalaman kepada hakikat
iaitu mengenai kebenaran yang sebenar-benarnya. Manusia yang sempurna
perlu mempelajari semua bidang atau bahagian tersebut dan mencari jalan
ke arahnya.
Nabi s.a.w bersabda, “Agama ialah
pokok, kerohanian adalah dahannya, kearifan (makrifat) adalah daunnya,
kebenaran (hakikat) adalah buahnya. Quran dengan ulasannya,
keterangannya, terjemahannya dan ibarat-ibaratnya mengandungi semuanya
itu”. Di dalam buku al-Najma perkataan-perkataan tafsir, ulasan dan
takwil serta terjemahan melalui ibarat dimengertikan sebagai: ulasan
terhadap Quran adalah keterangan dan perincian bagi faedah kefahaman
orang awam, sementara terjemahan melalui ibarat adalah keterangan
tentang maksud yang tersirat yang boleh diselami melalui tafakur yang
mendalam serta memperolehi ilham sebagaimana yang dialami oleh
orang-orang beriman yang sejati.
Terjemahan yang demikian adalah untuk
hamba-hamba Allah yang khusus lagi teguh, berterusan di dalam suasana
kerohanian mereka dan teguh dengan pengetahuan yang membolehkan mereka
membuat pertimbangan yang benar. Kaki mereka teguh berpijak di atas bumi
sementara hati dan fikiran mereka menjulang kepada ilmu ketuhanan.
Dengan rahmat Allah keadaan berterusan begini yang tidak bercampur
dengan keraguan di tempatkan di tengah-tengah hati mereka. Hati yang
teguh dalam suasana ini bersesuaian dengan bahagian kalimah tauhid “La
ilaha illa Llah”, pengakuan terakhir keesaan.
“Dia jualah yang menurunkan Kitab
kepada kamu. Sebahagiannya adalah ayat-ayat yang menghukum, iaitu
ibu-ibu bagi Kitab, dan (sebahagian) yang lain adalah ayat-ayat yang
perlukan takwil. Adapun orang-orang yang di hati mereka ada kesesatan
mencari-cari apa yang ditakwil daripadanya kerana hendak membuat fitnah
dan kerana hendak membuat takwilnya sendiri padahal tidak mengetahui
takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang teguh kuat di dalam ilmu
berkata, ‘Kami beriman kepadanya (kerana) semua itu daripada Tuhan
kami’, dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang mempunyai
fikiran”. (Surah Imraan, ayat 7)
Jika pintu kepada ayat ini terbuka akan terbuka juga semua pintu-pintu kepada alam rahsia batin.
Hamba Allah yang sejati
berkewajipan melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhkan diri
daripada larangan-Nya. Dia juga perlu menentang ego dirinya dan
membendung kecenderungan jasad yang tidak sehat. Asas penentangan ego
terhadap agama adalah dalam bentuk khayalan dan gambaran yang bercanggah
dengan kenyataan.
Pada peringkat kerohanian ego yang khianat itu
menggalakkan seseorang supaya memperakui dan mengikuti sebab-sebab dan
rangsangan yang hanya hampir dengan kebenaran (bukan kebenaran yang
sejati), walaupun ianya risalat nabi dan fatwa wali yang telah diubah,
juga mengikuti guru yang pendapatnya salah. Pada peringkat makrifat ego
cuba menggalakkan seseorang supaya memperakui kewalian dirinya sendiri
malah ego juga mengheret seseorang kepada mengakui ketuhanannya – dosa
paling besar menganggapkan diri sendiri sebagai bersekutu dengan Allah.
Allah berfirman:
“Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan..” (Surah Furqaan, ayat 43).
“Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan..” (Surah Furqaan, ayat 43).
Tetapi peringkat kebenaran sejati
adalah berbeza. Ego dan iblis tidak boleh sampai ke sana. Malah malaikat
juga tidak sampai ke sana. Sesiapa sahaja kecuali Allah jika sampai ke
sana pasti terbakar. Jibrail berkata kepada Nabi Muhamamd s.a.w pada
sempadan peringkat ini, “Jika aku mara satu langkah lagi aku akan
terbakar menjadi abu”.
Hamba Allah yang sejati bebas daripada perlawanan egonya dan iblis kerana dia dilindungi oleh perisai keikhlasan dan kesucian.
“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan”. (Surah Shad, ayat 82 & 83).
“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan”. (Surah Shad, ayat 82 & 83).
Manusia tidak dapat mencapai
hakikat kecuali dia suci murni kerana sifat-sifat keduniaannya tidak
akan meninggalkannya sehinggalah hakikat menyata dalam dirinya. Ini
adalah keikhlasan sejati. Kejahilannya hanya akan meninggalkannya bila
dia menerima pengetahuan tentang Zat Allah. Ini tidak dapat dicapai
dengan pelajaran; hanya Allah tanpa pengantaraan boleh mengajarnya. Bila
Allah Yang Maha Tinggi sendiri yang menjadi Guru, Dia kurniakan ilmu
yang daripada-Nya sebagaimana Dia lakukan kepada Khaidhir. Kemudian
manusia dengan kesedaran yang diperolehinya sampai kepada peringkat
makrifat di mana dia mengenali Tuhannya dan menyembah-Nya yang dia
kenal.
Orang yang sampai kepada suasana
ini memiliki penyaksian roh suci dan dapat melihat kekasih Allah, Nabi
Muhamamd s.a.w. Dia boleh bercakap dengan baginda s.a.w mengenai segala
perkara daripada awal hingga ke akhirnya dan semua nabi-nabi yang lain
memberikannya khabar gembira tentang janji penyatuan dengan yang
dikasihi. Allah menggambarkan suasana ini:
“Kerana Barangsiapa taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka beserta orang-orang yang diberi nikmat daripada nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan salihin dan Alangkah baiknya mereka ini sebagai sahabat rapat”. (Surah Nisaa’ ,ayat 69).
“Kerana Barangsiapa taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka beserta orang-orang yang diberi nikmat daripada nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan salihin dan Alangkah baiknya mereka ini sebagai sahabat rapat”. (Surah Nisaa’ ,ayat 69).
Orang yang tidak boleh menemui
pengetahuan ini di dalam dirinya tidak akan menjadi arif walaupun dia
membaca seribu buah buku. Nikmat yang boleh diharapkan oleh orang yang
mempelajari ilmu zahir ialah syurga; di sana semua yang dapat dilihat
adalah kenyataan sifat-sifat Ilahi dalam bentuk cahaya. Tidak kira
bagaimana sempurna pengetahuannya tentang perkara nyata yang boleh
dilihat dan dipercayai, ia tidak membantu seseorang untuk masuk kepada
suasana kesucian dan mulia, iaitu kehampiran dengan Allah, kerana
seseorang itu perlu terbang ke tempat tersebut dan untuk terbang perlu
kepada dua sayap. Hamba Allah yang sejati adalah yang terbang ke sana
dengan menggunakan dua sayap, iaitu pengetahuan zahir dan pengetahuan
batin, tidak pernah berhenti di tengah jalan, tidak tertarik dengan apa
sahaja yang ditemui dalam perjalanannya. Allah berfirman melalui
rasul-Nya:
“Hamba-Ku, jika kamu ingin masuk kepada kesucian berhampiran dengan-Ku jangan pedulikan dunia ini ataupun alam tinggi para malaikat, tidak juga yang lebih tinggi di mana kamu boleh menerima sifat-sifat-Ku yang suci”.
“Hamba-Ku, jika kamu ingin masuk kepada kesucian berhampiran dengan-Ku jangan pedulikan dunia ini ataupun alam tinggi para malaikat, tidak juga yang lebih tinggi di mana kamu boleh menerima sifat-sifat-Ku yang suci”.
Dunia kebendaan ini menjadi godaan
dan tipu daya syaitan kepada orang yang berilmu. Alam malaikat menjadi
rangsangan kepada orang yang bermakrifat dan suasana sifat-sifat Ilahi
menjadi godaan kepada orang yang memiliki kesedaran terhadap hakikat.
Sesiapa yang berpuas hati dengan salah satu daripada yang demikian akan
terhalang daripada kurniaan Allah yang membawanya hampir dengan Zat-Nya.
Jika mereka tertarik dengan godaan dan rangsangan tersebut mereka akan
berhenti, mereka tidak boleh maju ke hadapan, mereka tidak boleh terbang
lebih tinggi. Walaupun matlamat mereka adalah kehampiran dengan
Pencipta mereka tidak lagi boleh sampai ke sana. Mereka telah terpedaya,
mereka hanya memiliki satu sayap.
Orang yang mencapai kesedaran
tentang hakikat yang sebenar, menerima rahmat dan kurniaan dari Allah
yang tidak pernah mata melihatnya dan tidak pernah telinga mendengarnya
dan tidak pernah hati mengetahui namanya. Inilah syurga kehampiran dan
keakraban dengan Allah. Di sana tidak ada mahligai permata juga tidak
ada bidadari yang cantik sebagai pasangan. Semoga manusia mengetahui
nilai dirinya dan tidak berkehendak, tidak menuntut apa yang tidak layak
baginya. Saidina Ali r.a berkata, “Semoga Allah merahmati orang yang
mengetahui harga dirinya, yang tahu menjaga diri agar berada di dalam
sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak menghabiskan masanya
dan umurnya di dalam sia-sia”.
Orang yang berilmu mestilah
menyedari bahawa bayi roh yang lahir dalam hatinya adalah pengenalan
mengenai kemanusiaan yang sebenar, iaitu insan yang sejati. Dia patut
mendidik bayi hati, ajarkan keesaan melalui berterusan menyedari tentang
keesaan – tinggalkan keduniaan kebendaan ini yang berbilang-bilang,
cari alam kerohanian, alam rahsia di mana tiada yang lain kecuali Zat
Allah. Dalam kenyataannya di sana bukan tempat, ia tidak ada permulaan
dan tidak ada penghujung.
Bagi hati terbang melepasi padang yang tiada
berkesudahan itu, menyaksikan perkara-perkara yang tidak pernah dilihat
mata sebelumnya, tiada sesiapa bercerita mengenainya, tiada sesiapa
boleh menggambarkannya. Tempat yang menjadi rumah kediaman bagi mereka
yang meninggalkan diri mereka dan menemui keesaan dengan Tuhan mereka,
mereka yang memandang dengan pandangan yang sama dengan Tuhan mereka,
pandangan keesaan. Bila mereka menyaksikan keindahan dan kemuliaan Tuhan
mereka tidak ada apa lagi yang tinggal dengan mereka. Bila dia melihat
matahari dia tidak dapat melihat yang lain, dia juga tidak dapat melihat
dirinya sendiri. Bila keindahan dan kemurahan Allah menjadi nyata apa
lagi yang tinggal dengan seseorang? Tidak ada apa-apa!
Nabi s.a.w bersabda, “Seseorang
perlu dilahirkan dua kali untuk sampai kepada alam malaikat”. Ia adalah
kelahiran maksud daripada perbuatan dan kelahiran rohani daripada jasad.
Kemungkinan yang demikian ada dengan manusia. Ini adalah keanehan
rahsia manusia. Ia lahir daripada percampuran pengetahuan tentang agama
dan kesedaran terhadap hakikat, sebagaimana bayi lahir hasil daripada
percampuran dua titik air.
“Sesungguhnya Kami telah jadikan
manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang Kami berikan
percubaan kepada mereka, iaitu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”. (Surah Insaan, ayat 2).
Bila maksud menjadi nyata dalam
kewujudan ia menjadi mudah untuk melepasi bahagian yang cetek dan masuk
ke dalam laut penciptaan dan membenamkan dirinya ke dasar hukum-hukum
peraturan Allah. Sekalian alam kebendaan ini hanyalah satu titik jika
dibandingkan dengan alam kerohanian. Hanya bila semua ini difahamkan
maka kuasa kerohanian dan cahaya keajaiban yang bersifat ketuhanan,
hakikat yang sebenar-benarnya, memancar ke dalam dunia tanpa perkataan
tanpa suara.
Berasambung...........
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar