Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.
“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min
syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa
mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha
illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
Risalah Sirrul Asral -1. Syeh Abdul Qadir Jailani
Manusia Kembali ke Kampung Halaman kepada Asal Usul/Permulaan Mereka
Manusia dipandang daripada dua sudut;
wujud lahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan
kebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satu sama
lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan
untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. Dalam sudut
kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap
manusia adalah berbeza. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri
masing-masing diperlukan.
Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan
umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil
peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh
maju ke hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada
peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau
peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat. Peringkat ini sangat
tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, “Ada suasana yang semua dan
segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni”.
Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang kepura-puraan
dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk. Kemudian
dia perlu menetapkan tiga matlamat. Tiga matlamat tersebut sebenarnya
adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma’wa – syurga tempat
kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi. Kedua, Na’im – taman
keredaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di
dalam alam malaikat.
Ketiga dinamakan Firdaus – syurga alam tinggi. Ia
adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagi
roh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat. Kesemua ini adalah
balasan yang baik, keelokan Allah yang manusia berjasad akan nikmati
dalam usahanya sepanjang tiga peringkat ilmu pengetahuan yang
berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat; usaha menghapuskan
yang berbilang-bilang pada dirinya, melawan penyebab yang menimbulkan
suasana berbilang-bilang itu, iaitu ego diri sendiri, bagi mencapai
peringkat penyatuan dan kehampiran dengan Pencipta; akhirnya usaha untuk
mencapai makrifat, di mana dia mengenali Tuhannya. Peringkat pertama
dinamakan syariat, kedua tarekat dan ketiga makrifat.
Nabi Muhammad s.a.w menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan
sabda baginda s.a.w, “Ada suasana di mana semua dan segala-galanya
dikumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat)”. Baginda
s.a.w juga bersabda, “Dengannya seseorang mengetahui kebenaran
(hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan.
Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran (hakikat)
tersebut. Dia juga perlu mengenali kepalsuan dan bertindak ke atasnya
dengan meninggalkan segala yang demikian”. Baginda s.a.w mendoakan, “Ya
Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak
benar dan permudahkan kami meninggalkannya”. Orang yang kenal dirinya
dan menentang keinginannya yang salah dengan segala kekuatannya akan
sampai kepada mengenali Tuhannya dan akan menjadi taat kepada
kehendak-Nya.
Semua ini adalah peraturan umum yang mengenai diri zahir manusia.
Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin manusia yang
merupakan insan yang tulen, suci bersih dan murni. Maksud dan tujuan
diri ini hanya satu iaitu kehampiran secara keseluruhan kepada Allah
s.w.t. Satu cara sahaja untuk mencapai suasana yang demikian, iaitu
pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat). Di dalam daerah wujud
penyatuan mutlak, pengetahuan ini dinamakan kesatuan atau keesaan.
Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan ini. Di dalam suasana itu tiada beza di antara tidur dengan jaga kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk kembali kepada asalnya, alam arwah, dan dari sana kembali semula ke sini dengan membawa berita-berita dari alam ghaib.

Fenomena ini dinamakan mimpi.
Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia juga boleh
berlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj Rasulullah s.a.w.
Allah berfirman:
“Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati atasnya dan Dia lepaskan yang lain”. (Surah Zumaar, ayat 42).
Nabi s.a.w bersabda, “Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat orang jahil”. Orang alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan tentang hakikat atau yang sebenar, yang tidak berhuruf, tidak bersuara.

Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus menerus berzikir nama
keesaan Yang Maha Suci dengan lidah rahsia. Orang alim adalah orang yang
zat dirinya ditukarkan kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan. Allah
berfirman melalui rasul-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.”
“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik”.

Segala yang dikatakan di sini jika berhasrat mencapainya perlulah
melakukan tafakur – cara mendapatkaan pengetahuan yang demikian jarang
digunakan oleh orang ramai. Nabi s.a.w bersabda, “Satu saat bertafakur
lebih bernilai daripada satu tahun beribadat”. “Satu saat bertafakur
lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat”. “Satu saat
bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat”.
Nilai sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang
sebenarnya. Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang
berbeza.
Sesiapa merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap satu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Renungan begini bernilai satu tahun ibadat.

Sesiapa merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dan
alasan dan dia dapat mengetahui yang demikian, renungannya bernilai
lebih daripada tujuh puluh tahun ibadat.
Sesiapa merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dan bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, renungannya bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan. Orang arif yang
menyintai menyatu dengan yang dicintainya. Daripada alam kebendaan
terbang dengan sayap kerohanian meninggi hingga kepada puncak
pencapaian. Bagi ahli ibadat berjalan di dalam syurga, sementara orang
arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya.
Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka
mereka memandang sementara yang lain terpejam
sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah
mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang dicari!
Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka
mereka memandang sementara yang lain terpejam
sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah
mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang dicari!
Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian orang arif. Para
arifbillah mendapat penghormatan dipanggil insan sejati, menjadi kekasih
Allah, sahabat-Nya yang akrab, pengantin-Nya. Bayazid al-Bustami
berkata, “Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha
Tinggi”.
Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih’ mengenali mereka
dengan dekat dan secara mesra.. Orang-orang arif yang menjadi sahabat
akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh keadaan luaran
yang sangat sederhana, seperti manusia biasa. Allah berfirman melalui
rasul-Nya:
“Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku. Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku”.
Kubah yang di bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab-Nya adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala hal. Bila melihat kepada pengantin yang ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat kecuali tabir itu?
Yahya bin Muadh al-Razi berkata, “Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia.

Tetapi hanya orang-orang yang beriman yang
benar dan jujur sahaja dapat menciumnya”. Mereka mencium keharuman
baunya lalu mereka mengikuti bau itu. Keharuman itu mengwujudkan
kerinduan terhadap Allah dalam hati mereka. Masing-masing dengan cara
tersendiri mempercepatkan langkahnya, menambahkan usaha dan ketaatannya.
Darjah kerinduannya, keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung
kepada berapa ringan beban yang dibawanya, sejauh mana dia telah
melepaskan diri kebendaan dan keduniaannya. Semakin banyak seseorang itu
menanggalkan pakaian dunia yang kasar ini semakin dia merasakan
kehangatan. Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan
muncul diri rohaninya. Kehampiran dengan yang sebenar (hakikat)
bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan
keduniaan yang menipu daya.
Penanggalan aspek yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang
hampir dengan satu-satunya kebenaran. Orang yang akrab dengan Allah
adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan kekosongan. Hanya
selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan yang sebenarnya
(hakekat). Tidak ada lagi kehendak pada dirinya untuk dia membuat
sebarang pilihan. Tiada lagi ‘aku’ yang tinggal, kecuali kewujudan
satu-satunya iaitu yang sebenarnya (hakekat).
Walaupun berbagai-bagai
kekeramatan yang muncul melalui dirinya sebagai membuktikan
kedudukannya, dia tidak ada kena mengena dengan semua itu. Di dalam
suasananya tidak ada pembukaan terhadap rahsia-rahsia kerana membuka
rahsia Ilahi adalah kekufuran.
Di dalam buku yang bertajuk “Mirsad” ada dituliskan, ‘Semua orang
yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutup daripadanya dan
tidak memperdulikan keadaan tersebut. Bagi mereka masa kekeramatan
muncul melalui mereka dianggap sebagai masa perempuan keluar darah haid.
Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya
seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan. Hanya mereka
yang dapat melepasi pintu ini tanpa dicederakan akan meningkat kepada
peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Jika mereka leka mereka
tidak akan sampai ke mana-mana.
Wallahu'alam
Barakallahu Fikum
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.

Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar