Cari Blog Ini

Kamis, 03 Juli 2014

Haqiki-23 Pengalaman kerohanian sufi



Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 

“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 


  Haqiki  

Pengalaman kerohanian sufi(10)
Sufi golongan ke tiga memahamkan syariat sebagai gabungan kulit dan isi, tubuh dan nyawa. Mereka berpendapat memegang syariat zahir tanpa mencapai syariat batin adalah kurang bermakna, sementara mengambil syariat batin dengan membuang zahirnya adalah tidak sempurna. Mereka berfahaman bahawa seseorang boleh mengambil syariat zahir walaupun batinnya tidak menyerlah. Bagi mereka orang yang memberi tumpuan kepada syariat zahir dan beramal dengannya sudah boleh menyelamatkannya di akhirat kelak. 

Golongan yang mengambil syariat zahir sahaja adalah mereka yang berkedudukan sebagai ulama zahir dan orang Islam awam. Mengambil syariat zahir sahaja tanpa batinnya dibolehkan tetapi mengambil syariat batin tanpa zahirnya adalah tanda mungkin. Kesimpulan golongan ini adalah kecemerlangan zahir dan batin ditentukan oleh hubungan mereka dengan syarak dan semua kebenaran yang terdapat dalam fahaman agama yang dikenali sebagai Ahli Sunah wal Jamaah. Seribu pembukaan dan penyaksian dalam alam kebatinan tidak dapat menandingi fahaman agama iaitu Tuhan tidak menyamai sesuatu apa pun. 

Golongan tersebut tidak cenderung dengan pengalaman kerohanian yang bercanggah dengan kebenaran syariat walaupun sedikit. Bagi mereka pembukaan demikian hanyalah ujian yang mengheret mereka ke tempat azab secara perlahan-lahan. Mereka adalah golongan yang mendapat petunjuk dari Tuhan dan paling layak diikuti. Mereka sebenarnya adalah ulama yang berjaya, diberi bimbingan dan petunjuk yang benar oleh Tuhan. Tuhan membantu mereka menyatakan kebenaran syariat dan Tuhan memberi mereka ganjaran kerana mendukung peraturan syariat.

Sufi golongan ke tiga berbeza dengan golongan yang hanya mementingkan batin dan tidak sedikit pun mematuhi peraturan syariat. Golongan yang memisahkan diri dengan syariat menyangka kebenaran yang dicari tidak ada dalam syariat. 

Mereka menyangka syariat hanyalah tubuh yang tanpa nyawa. Mereka berpegang kepada kebenaran yang muncul dari bayangan dan mereka terpesong daripada arah yang menuju kepada kebenaran yang sejati. Akibatnya kewalian mereka hanyalah dalam perbatasan kewalian bayangan dan kehampiran mereka dengan Tuhan tidak melebihi tahap Sifat. Kewalian golongan ke tiga yang menggabungkan zahir dan batin syariat menemui kebenaran sejati dan asli. Mereka mendapat petunjuk dan menemui jalan kepada Zat Yang Hakiki, yang tiada sesuatu menyerupai-Nya. Mereka berjaya melepasi kebenaran peringkat rendah. Mereka maju sehingga ke penghujung jalan dan kesudahannya mereka memperolehi kewalian cara kenabian. Tahap tersebut dicapai dengan cara tidak sedikit pun meragui syariat dan tidak meninggalkan tuntutan syariat.

Golongan sufi yang berfahaman syariat hanyalah kerangka kosong dan hakikat iaitu kebenaran sejati berada diluar syariat, mendapat fahaman demikian melalui beberapa sebab. Sebahagian daripada mereka menjalani tarekat sufi hanya sampai kepada tahap bersatu dengan Tuhan. Mereka tidak meneruskan perjalanan mereka melepasi tahap tersebut. Ada pula yang mempelajari doktrin wahdatul wujud terlebih dahulu dan memulakan perjalanan dengan membawa kepercayaan doktrin tersebut. Segala usaha ditujukan untuk menzahirkan fahaman dan kepercayaan wahdatul wujud. Apabila mereka memulakan perjalanan di atas landasan wahdatul wujud maka yang mereka temui dan alami adalah wahdatul wujud. 

Golongan ini juga berhenti pada tahap bersatu dengan Tuhan dan meyakini bahawa yang ada hanya satu wujud iaitu Wujud Tuhan. Mereka membentuk keyakinan bahawa wahdatul wujud adalah kebenaran yang paling tinggi sehingga timbul anggapan bahawa wahdatul wujud adalah pegangan wali-wali. Mengaitkan wahdatul wujud dengan kewalian menambahkan keteguhan kepercayaan kepada doktrin tersebut.

 Mereka memandang hakikat agama melalui suluhan yang berdasarkan kepercayaan kepada satu wujud. Mereka memperkenalkan tauhid secara doktrin wahdatul wujud dan dengan lantang mengatakan syariat tidak memperkenalkan tauhid yang sebenar. Dari kalangan mereka ada yang mengatakan segala perkara dalam syariat adalah syirik, hanya pegangan wahdatul wujud yang bebas daripada syirik. Begitulah hebatnya pengaruh pengalaman kerohanian dalam membentuk keyakinan tentang kebenaran agama dan tauhid.

Selain sebab-sebab di atas sikap dan pandangan peribadi seseorang sufi itu sendiri memisahkan syariat daripada hakikat. Sufi jenis ini berpendirian hidup dalam pengasingan lebih baik daripada bercampur dengan orang ramai. Mereka berpendapat hanya sedikit sahaja hakikat yang boleh ditemui dalam syariat. Mereka berpendapat bidang hakikat terbuka dalam fana, zauk dan mabuk ketuhanan. Oleh kerana itu mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan berkhalwat dan beribadat sendirian tanpa mengambil bahagian dalam bidang dakwah, berjihad dan berkhidmat kepada masyarakat.

Golongan yang dipimpin kepada penghabisan jalan menemui bahawa syariatlah yang menunjukkan apakah kehidupan agama yang sebenarnya. Syariat bukan sahaja mengajarkan peraturan zahir yang diistilahkan sebagai syariat zahir, malah syariat juga membawa perkara-perkara kerohanian yang meliputi iman, tauhid, mahabbah, syukur, sabar, ikhlas, takwa, ihsan dan lain-lain. 

Bidang kerohanian seperti pemikiran, perasaan, daya rasa, niat, keinginan dan lain-lain juga berada dalam syariat. Syariat yang mencakupi perkara zahir dan batin adalah Agama Islam yang lengkap dan sempurna. Ia mengajarkan kehidupan beriman, bertakwa dan ihsan yang sempurna. Apa juga aliran tarekat hendaklah menjurus kepada memperteguhkan keyakinan dan pegangan kepada apa yang diperkatakan oleh syariat bukan mencari kebenaran yang lain daripada kebenaran syariat.
 Berasambung...........
Wallahu'alam  
Barakallahu Fikum 
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 

Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...