Cari Blog Ini

Kamis, 03 Juli 2014

Usul Diri -36. Istilah Diri 3. Diri Sebenar Diri


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -36
Istilah Diri 
3. Diri Sebenar Diri
ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai (Sesungg uhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana ke sempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17 ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak menjadikan) yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? ) 

Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya ( sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir “Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ? Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah sebab itu di kata kan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16.
 Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...