Cari Blog Ini

Kamis, 03 Juli 2014

Usul Diri -35 Istilah Diri 2. Diri Terperi

 

Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -35
Istilah Diri 
2. DIRI TERPERI Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apa bila Rohani itu di bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara r uhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat maani iaitu sifat qudrat,Iradat d an juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An am ayat 60 FirmanNya:…
Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati Allah berfirman lagi dalam surah Az Z umar ayat 42Maksudnya: Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetap kan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir
Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqaz ah (diri TERPERI) itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga 

Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan faiza faroqot hu mata wa hatanir ruhaani fi batinil insaani la yu rofu maqor ruhuma illa man at lamahull ahu ala zalik
 
Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi, sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung azab dan sangsara kerana disana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya Awas kepada yang mempelaj ari ilmu diri TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia dibawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya 
 Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...