Cari Blog Ini

Kamis, 03 Juli 2014

Usul Diri -40. Nilai Kerohanian


Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu.

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummashalli 'alaa Muhammad wa'alaa aalihi wa ashabihi wadlurriyatihi
washallim.

 



“Alhamdulillahi nasta’iinuhu wanastagh firuhu wana’uudzubillaahi min syuruuri anfusinaa waminsayyi ati a’ maalinaa man yahdihillahu falaa mudhilla lahu waman yudhlil falaa haadiya lahu, asyhadu anlaa ilaha illallaahu wah dahulaa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhuu warasuuluhu la nabiya ba’da.”
 Usul Diri -40

Nilai Kerohanian
Allah swt menilai makhluk kerohanian ini dengan nilai yang tinggi dan utama, namun manusia memandang rendah dan tiada nilai, jika manusia menilainya sudah pasti manusia mempelajarinya dan mengambil berat tentangnya, sehinggakan makhluk Allah yang bernama Malaikat dan Jin pun di perintah oleh Allah sujud kepadanya, sebagaimana firmanNya: Maksudnya: Maka apabila Aku sempurnakan dia (Adam) dan Aku tiupkan padanya Roh dariKu maka hendaklah kedua kamu sujud kepadanya (Al Hijr 29)

Ayat yang di atas menerangkan selepas sahaja Allah swt mencipta Adam dengan sempurna (Berbentuk manusia) maka Allah pun meniupkan Roh (ciptaan) Tuhan ke dalam jasad Adam, selepas itu Allah swt memerintahkan kepada Malaikat dan Jin sujud kepada Adam, ayat ini jelas menunjukkan bahawa nilai Roh itulah yang menyebabkan Allah swt memerintahkan keduanya sujud kepada Adam, 

Artinya Roh inilah yang bernilai di sisi Allah swt walhal jika nilai Adam terletak pada batang tubuh Adam (jasmani) maka lebih awallah Allah perintahkan kedua makhluk itu sujud, dan sebenarnya pada Roh itulah terletaknya nilai kemanusiaan tersebut, oleh kerana nilai manusia ada pada Roh mengapa manusiatidak mahu mengenal Roh sehingga ada yang menakutkan untuk mengenalnya? malah ada yang melarang untuk mempelajarinya, dan jika kita menganggap bahawa manusia itu adalah makhluk yang sempurna maka yang menyebabkan kesempurnaannya adalah Roh,

Ini juga bererti bahawa yang tersirat itu adalah Roh kerana yang tersiratlah maka manusia menjadi mulia ini jelas jika perhatikan benar-benar peristiwa lurutan ayat Al Hijr  29 di atas, manusia yang telah di lengkapkan oleh Allah Akal tentu nya tiada berasa masalah untuk memahaminya, kerana itu janganlah manusia terlalu tertekan dengan larangan oleh pemikiran dan pandangan orang yang berfikiran sem pit tentang memperkatakan tentang Roh tersebut, Allah swt juga tidak menegah man usia untuk memikirkan tentangnya secara biasa, kerana itulah Allah swt menyatakan “kamu tidak di berikan ilmu Roh itu kecuali sedikit”. 
 Berasambung...........
Wallahu'alam    
Barakallahu Fikum   
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu 
 

 Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma shallii alaa Muhammad Nabiyyil ummi wa barik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Wa umma wabarik 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man shalla' alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad Biadadi man lam an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama tuhibbu an yushalli 'alaihi wassallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama amarta an yushalli 'alaihi wasallim
Allahumma shallii 'alaa Muhammad kama yasbaqhis shalawatu 'alaihi wasallim.
 


Allahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamasollaita'ala Ibrahim.
Wabarik'ala Muhammadin wa'ala ali Muhammadin kamabarakta'ala Ibrahima fil'alamin.
innaka hamidunmajid
amiin Ya Karim
amiin Ya Wahhab..amiin Ya "Alimun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly

Risalah Alladuniyah-Imam Ghazaly   1 Assalamu'alaikum Warahmatulahi Wabarakatu. Bismillahirrahmanirrahim Allahummashalli 'al...